Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SEREMBAN, 1 Dis (Bernama) — Sektor perkilangan dan perindustrian di negeri ini tidak boleh menggunakan tenaga buruh asing melebihi 50 peratus daripada keseluruhan jumlah pekerja mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Selasa, beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius isu kebergantungan kepada tenaga buruh asing di negeri ini memandangkan masih terdapat ramai lagi anak tempatan yang boleh diambil bekerja.
Mohamad berkata setakat 30 Sept lepas, sebanyak 42,045 Pas Lawatan (Kerja Sementara) dikeluarkan di Negeri Sembilan dan sektor perkilangan adalah yang paling banyak menggajikan tenaga buruh asing iaitu seramai 24,137 orang.
“Kerajaan negeri sudah berbincang dengan Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berkenaan isu ini kerana dikatakan jika kita terlalu menggunakan tenaga buruh asing ia akan menghilangkan punca dan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.
Mohamad berkata, bagaimanapun, kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor pembinaan, perladangan dan pertanian untuk menggajikan tenaga buruh asing melebihi kuota yang ditetapkan kerana pekerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor terbabit.
“Bermula awal tahun depan, kerajaan negeri akan memanggil mana-mana industri yang didapati menggajikan tenaga asing melebihi 50 peratus, dan melihat masalah sebenar yang mereka hadapi sehinggakan terpaksa bergantung kepada buruh asing memandangkan kita ada tenaga kerja tempatan yang banyak.
“Jika kita dapati dan syak ada sesuatu yang tidak kena dengan pengambilan buruh asing, kita bersama agensi-agensi kerajaan yang lain akan menyiasat lebih lanjut lagi supaya perkara ini tidak terjadi sewenang-wenangnya di negeri ini,” katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com