UPAH RAKYAT MALAYSIA KECIL TAPI BAYAR LEBIH UNTUK BELI BARANG
20 Oktober 2017 Print page
Dalam satu perbandingan upah dan perbelanjaan antara penerima gaji minimum di
Australia dan Malaysia, pengasas bersama kumpulan sosioekonomi Azlan Awang berkata,
rakyat Australia memperoleh pendapatan yang lebih tinggi tetapi kos perbelanjaan adalah
kecil bagi jenis barangan sama yang dibeli.
Bercakap pada majlis pelancaran kempen AS$50 + MTUC, beliau berkata, gaji minimum
Australia adalah berjumlah AUS$17 (RM5-RM52) sejam, manakala upah minimum Malaysia
ialah RM5 sejam sambil menambah gaji 10 kali lebih tinggi di Australia.
Mengulas Laporan Bank Negara 2014, Azlan berkata bank pusat mendedahkan bahawa 5.2
juta atau 78% daripada isi rumah tinggal di bawah kelayakan taraf hidup yang sewajarnya.
Beliau berkata laporan itu mencadangkan bahawa gaji bulanan yang sewajarnya untuk
seorang bujang di Kuala Lumpur adalah RM2,700; untuk pasangan yang tidak mempunyai
anak memerlukan RM4,500 manakala bagi pasangan yang mempunyai dua anak, kadar upah
yang diperlukan adalah RM6,500 sebulan.
Dalam menjelaskan lebih lanjut mengenai upah hidup yang menghimpit rakyat Malaysia,
Azlan membandingkan keupayaan membeli antara pekerja bergaji minimum di Australia dan
Malaysia untuk mendapatkan sedulang telur.
Manakala rakyat Malaysia perlu bekerja satu jam dan memperoleh upah minimum jam
pertama sebanyak RM5 untuk membeli satu dulang telur manakala seorang rakyat Australia
boleh membeli sedulang telur dengan bekerja 12 minit.
Malaysia mungkin negara yang lebih miskin berbanding Australia tetapi menurut
perbandingan harga berdasarkan penyenaraian Numbeo, kos hidup di Malaysia adalah tujuh
kali lebih tinggi berbanding di Australia.
Ketua Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin mengumumkan
pendapatan isi rumah bulanan rakyat Malaysia tahun lalu meningkat 6.6% kepada RM5,228
berbanding RM4,585 pada 2014.
Beliau berkata pendapatan golongan isi rumah lebih baik mewakili nilai pendapatan isi
rumah "tengah Malaysia" – M40.
Oleh itu, kenaikan 6.6% dalam pendapatan isi rumah rata-rata bermakna purata rakyat
Malaysia mengalami kenaikan gaji beberapa tahun lepas.
Bagaimanapun, sejak gaji minimum diperkenalkan lima tahun lalu di Malaysia untuk
golongan B40, kenaikan gaji hanya 11.1%.
Oleh itu, kenaikan gaji sebanyak AS$50+ seminggu akan meningkatkan taraf hidup golongan
berpendapatan rendah – B40 – di negara ini.