Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Negara kini sedang berdepan dengan cabaran baharu dalam aspek kesihatan pekerja yang kian merosot, meskipun kadar kemalangan pekerjaan telah berkurangan dengan ketara.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata kemalangan semasa berulang-alik ke tempat kerja didapati semakin meningkat manakala aspek kesihatan dalam kalangan pekerja, tahap membimbangkan.
Katanya, sejak 10 tahun lepas, kadar kemalangan pekerjaan ‘dalam negara telah menurun daripada 5.84 bagi setiap 1,000 pekerja kepada 3.10 bagi setiap 1,000 pekerja.
“Oleh itu, adalah tepat pada masanya untuk meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan pekerja dan kesihatan mereka sebagai sebuah entiti tunggal dan bukannya secara bersegmen, sebagaimana yang diamalkan kini,” katanya pada majlis pelancaran Keselamatan Sosial Bersatu (Perkeso) Seminar Pencegahan Kemalangan di sini Selasa.
Teks ucapan Riot dibacakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Riot berkata dalam menggalakkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, ia memerlukan pendekatan yang kreatif dan inovasi dari pelbagai sudut.
“Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia menyokong penuh organisasi dan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak yang berminat dalam program keselamatan dan kesihatan pekerjaan, tidak kira sama ada ia pada skala antarabangsa, tempatan ataupun di tempat kerja anda sendiri,” katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Ismail berkata setiap pekerja harus memanfaatkan baucar Program Saringan Kesihatan yang dimulakan sejak 2013 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Katanya, sehingga kini kira-kira 430,000 baucar sahaja yang telah dimanfaatkan daripada 2.1 juta baucar yang dikeluarkan dengan peruntukkan RM200 juta.
“Pekerja tak perlu keluarkan duit, datang sahaja ke klinik yang diiktiraf dan dapatkan pemeriksaan kesihatan, jangan sampai penyakit dah serius baru nak pergi, sedangkan kemudahan dah disediakan,” katanya.
Program itu adalah langkah proaktif Perkeso bagi mencegah penyakit tidak berjangkit berpunca daripada gaya hidup seperti hipertensi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti, dalam kalangan pekerja di negara ini.
Bilangan pekerja yang dilaporkan mengidap NCD ialah 8,912 kes pada 2014 dan sehingga Jun tahun ini sebanyak 4,464 kes telah dicatatkan.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com