Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Beberapa tokoh Individu yang terdiri daripada Profesor Puan Maimunah Aminuddin, Profesor Nagiah, Profesor Balakrishnan, Encik Peter Raj, Encik Fong, Encik Louis, Encik Alfred, Sdr Jaafar, Sdr Jeyakumar, Sdr Mohd Effendy, Sdr Somasundram K. dan J Solomon telah berjumpa di dalam satu perjumpaan pada 19 Januari 2017 bagi mengkaji semula Malaysian TUC pada masa lalu, dan memperbaharui komitmen dan mengemukakan program dan tindakan mengikut matlamat dan objektifnya.
Mesyuarat di mulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Presiden TUC, Sdr Jaafar, mesyuarat ini memberikan peluang kepada pemimpin TUC yang baru untuk menyuarakan keperluan mereka dan realiti yang dihadapi oleh pekerja dan hak-hak kesatuan sekerja di negara ini kepada profesional di luar TUC.
Komposisi kumpulan ini terdiri daripada ahli akademik – Profesor dari Universiti yang terkemuka, pemimpin Kesatuan Sekerja, bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan dan Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan, Pengamal Undang-Undang, Ketua Pegawai Eksekutif Alpha International Training and Consultancy Services Sdn Bhd. yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Saintifik Malaysian TUC’.
Mesyuarat ini juga telah memanggil semula Pihak berkepentingan, golongan profesional selain daripada pekerja untuk memberi pandangan mereka tentang pekerja dan peranan kesatuan sekerja yang pada hakikatnya memerlukan penempatan semula Pusat Buruh dalam perspektif yang betul dengan fokus yang betul dan keutamaannya.
Pemimpin Kesatuan mengalu-alukan semua pemerhatian, komen-komen dan cadangan kerana menyedari bahawa kerja Kesatuan tidak dihargai oleh orang ramai walaupun pengorbanan yang amat besar kepada perjuangan mereka untuk pekerja.
Setelah mempertimbangkan segala pandangan dari pihak-pihak berkepentingan yang prihatin dan profesional, pemimpin-pemimpin kini bersedia dalam menetapkan persediaan awal bagi mengadakan Persidangan Kebangsaan untuk semua pemimpin utama gabungan TUC.
Setiausaha Agung MTUC Bro J Solomon dalam pengulungan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan pandangan mereka akan dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Am yang akan datang pada 22 Jan 2017 bagi pertimbangan untuk memberi manfaat kepada seluruh penduduk di Malaysia.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com