Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh Yuba Nath Lamsal
KATHMANDU, 20 Ogos (Bernama) — Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot tiba di sini pada Rabu untuk melakukan lawatan rasmi dua hari di Nepal.
Khaga Nath Adhikari, jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Nepal, berkata lawatan Riot atas jemputan Menteri Tenaga Kerja dan Pekerjaan Nepal Tek Bahadur Gurung.
Pegawai protokol di Kementerian Hal Ehwal Luar Bijaya Raut menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
Semasa lawatan itu, Riot dijadual mengunjungi Presiden Nepal Dr Ram Baran Yadav, Perdana Menteri Sushil Koirala, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Bamdev Gautam serta Menteri Hal Ehwal Luar Mahendra Bahadur Pandey.
Beliau akan turut mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Gurung berhubung isu tenaga kerja, kata Adhikari.
Buddhi Bahadur Khadka, jurucakap di Kementerian Tenaga Kerja dan Pekerjaan, berkata penghantaran pulang lebih 40,000 warga Nepal, yang terkandas di Malaysia selepas kehilangan status pekerja asing yang sah, dijangka dibincangkan semasa pertemuan menteri Malaysia dan Nepal itu.
“Nepal mahu Malaysia menghantar pulang pekerja tanpa izin tanpa penalti, yang akan dipohon secara rasmi kepada menteri Malaysia itu,” kata Khadka.
Isu lain yang turut dijangka disentuh dalam pertemuan itu adalah ‘kos pengambilan sifar bagi pekerja migran Nepal’ di Malaysia.
“Kami mahu kos pengambilan sifar bagi pekerja migran Nepal di semua negara termasuk Malaysia dan kami sedang dalam proses mengadakan rundingan dengan negara yang memerlukan pekerja Nepal,” kata Khadka.
Jurucakap Kementerian Luar berkata perbincangan dua hala berkaitan isu tenaga kerja turut dijangka dibincangkan semasa pertemuan kedua-dua menteri itu.
Terdapat lebih 450,000 pekerja migran Nepal berdaftar di Malaysia. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com