Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Negara memerlukan sejumlah 35 peratus pekerja tempatan terdiri daripada pekerja mahir untuk mencapai tahap negara maju menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Beliau berkata kini hanya 28 peratus pekerja mahir daripada keseluruhan 14.3 juta tenaga kerja negara ini merupakan warga tempatan dan sektor minyak dan gas pula memerlukan sejumlah 30 peratus tenaga kerja mahir.
“Kita sedang buat kajian melalui bahagian dasar kementerian sejauh mana keperluan sebenar tenaga buruh yang kita perlukan. Kita tidak mahu pekerja asing ambil tempat yang sepatutnya diisi oleh pekerja tempatan,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang bertanya mengenai jumlah peratusan ideal bagi tenaga mahir untuk menampung keperluan negara menjelang 2020.
Terdahulu Nasruddin dalam soalan asalnya ingin tahu mengenai langkah kerajaan menangani peningkatan bilangan pekerja asing kurang mahir yang menyebabkan aliran keluar tunai sebanyak RM28 bilion pada tahun lepas.
Ismail berkata penggajian pekerja asing hanya terbuka kepada lima sektor formal iaitu sektor pembinaan, pertanian, perladangan, perkilangan dan perkhidmatan yang melibatkan jawatan pekerja am dan satu sektor informal iaitu perkhidmatan domestik yang kurang diminati rakyat tempatan.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com