Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pekerja-pekerja berada dalam keadaan yang amat lemah di sini di Malaysia, mahupun pekerja tempatan atau pekerja asing.
Kontrak pekerjaan yang unilateral, pekerjaan yang dikontrakkan kepada pihak kontraktor, penyumber-luaran / penggunaan pekerja kontak bagi tempoh masa yang lama, waktu kerja yang panjang tanpa upah yang mencukupi, piawaian bersalin yang lemah, upah yang rendah, upah yang sengaja dilambat-lambatkan, gangguan, pembuangan kerja, pemecatan, pemberhentian kerja melalui VSS/MSS telah menjadikan kuasa pekerja lemah dalam menentang kuasa majikan.
Majikan telah bermaharaja-lela selama ini dan boleh memecat pekerja dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang penalti dan / atau pencegahan. Ini telah menyebabkan Malaysia dipandang serong di arena antarabangsa berhubung hak pekerja.
Mujurlah, Kerajaan sekarang akan mengkaji Undang-undang Buruh untuk mematuhi Piawaian Buruh Antarabangsa seperti yang dikehendaki di bawah Perjanjian Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
MTUC sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk mempertimbangkan pindaan pindaan Kerajaan dan dalam dua (2) hari yang lepas merupakan pusingan kedua inisiatif ini.
Peserta dari pelbagai kesatuan, baik yang berpengalaman dan juga pemimpin kesatuan baru, telah meluangkan masa untuk perbincangan yang ketara mengenai perkara-perkara kritikal pindaan untuk memudahkan wakil MTUC dalam Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan Jawatankuasa Teknikalnya untuk membincangkan perkara yang sama dengan majikan dan para pegawai dari Kementerian Sumber Manusia.
MTUC akan membawa perkembangan mengenai pindaan-pindaan ini dari masa ke semasa; bersama-sama, marilah kita, pekerja kesatuan dan pekerja yang ingin membentuk kesatuan menjadi instrumen perubahan dalam mendapatkan hak-hak pekerja di Malaysia.
Marilah kita bekerjasama dengan solidariti untuk merealisasikan pembaharuan Undang-Undang Buruh di Malaysia.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com