Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pekerja terbabit mendakwa hanya dimaklumkan bahawa kilang akan berpindah ke
Klang, Selangor pada Sabtu lalu, dan diberi tempoh sehingga Isnin sama ada sedia
berpindah sama.

Bagaimanapun, pekerja kilang berkenaan memaklumkan mereka sukar berpindah ke
lokasi baru berikutan mempunyai keluarga.

Berikutan tidak puas hati kerana tidak diberi notis dan gaji November, pekerja
terbabit membuat aduan di Pejabat Tenaga Rakyat di sini, kelmarin.

Semalam, mereka sekali lagi berkumpul di hadapan pejabat berkenaan untuk mendesak
tindakan diambil terhadap pengurusan kilang yang tidak mengikut prosedur pembuangan
pekerja.

Majidah Mohd Zain, 42, yang bekerja di kilang itu sejak lima bulan lalu berkata,
mereka hanya dimaklumkan kilang akan berpindah Sabtu lalu tanpa diberi notis.

“Kami sebahagian 40 pekerja di kilang berkenaan dengan 20 daripadanya
warga asing. Kami hanya mahu hak kami sebagai pekerja seperti gaji dan pampasan
lain yang wajar,” katanya.

Rakannya, Siti Salmiah Ahmad, 35, berkata dia bekerja di kilang itu hampir
dua tahun dengan gaji sekitar RM400 sebulan.

“Saya perlu menanggung enam anggota keluarga tapi sekarang saya buntu
kerana tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.

Aktivis sosial, S Kalai Vanar, berkata tindakan pengurusan kilang terbabit
jelas tidak mengikut Akta Kerja 1955 dan menggesa Pejabat Tenaga Rakyat mengambil
tindakan segera.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Tenaga Rakyat berkata, pihaknya akan menghantar
pegawai menemui pengurusan kilang itu bagi mengadakan perbincangan berhubung
kes berkenaan.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com