Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Timbalan menterinya Datuk Abdul Rahman Bakar ketika mengeluarkan amaran itu
berkata, majikan yang menyalahgunakan skim itu bukan sahaja boleh disenaraihitamkan,
malah didakwa di bawah Akta Pekerjaan (1955).

Katanya walaupun VSS dibenarkan di bawah akta itu bagi syarikat-syarikat yang
mengalami masalah dan perlu mengurangkan kos pengeluaran, ia tidak boleh digunakan
untuk menganiaya pekerja seperti mengambil pekerja baru sebaik sahaja menyelesaikan
skim itu.

"Jika mereka perkenalkan VSS tetapi pada masa yang sama mengambil pekerja
baru, itu adalah satu kesalahan di bawah undang-undang.

"Majikan juga tidak dibenarkan menggunakan skim itu untuk menyingkir pekerja
tempatan dengan tujuan menggantikan mereka dengan pekerja asing," katanya
kepada mStar Online.

Tahun lalu sahaja menyaksikan 13,677 pekerja dari pelbagai sektor memilih untuk
berhenti kerja melalui VSS membabitkan 194 majikan.

Jumlah mereka yang berbuat demikian setakat Jun tahun ini ialah seramai 4,386
orang. Ini termasuk pekerja dua syarikat media, New Straits Times Press Bhd
yang menerbitkan akhbar The New Straits Times, The Malay Mail, Berita Harian
dan Harian Metro dan pengendali stesen television swasta ntv7, Natseven TV Sdn
Bhd.

Sekurang-kurangnya 8,000 pekerja lagi dijangka memilih untuk berhenti kerja
secara sukarela di bawah VSS sebelum akhir tahun ini, termasuk pekerja Penerbangan
Malaysia, Bumiputra-Commerce Finance dan Bumiputra-Commerce Bank Bhd dan DRB-Hicom.

Abdul Rahman menasihatkan syarikat supaya tidak menjadikan VSS sebagai pilihan
pertama apabila menghadapi masalah.

Katanya, masalah boleh diatasi dengan mengukuhkan pengurusan di samping tidak
terlalu bergantung pada projek yang disediakan kerajaan semata-mata.

Menurutnya, permohonan VSS kebanyakannya diterima daripada syarikat-syarikat
di sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan.

Abdul Rahman juga berkata kementeriannya masih menunggu notis VSS daripada
Edaran Otomobil Nasional Bhd walaupun syarikat itu telah mengumumkan akan berbuat
demikian bulan lepas.

Sementara itu timbalan ketua pengarah Jabatan Tenaga Manusia Sheikh Yahya Sheikh
Mohamed berkata majikan perlu memberi notis dalam masa 30 hari sebelum memperkenalkan
VSS.

"Jika pampasan tidak dinyatakan di dalam kontrak kerja, tawaran VSS mestilah
mengikut Akta Pekerjaan 1955," katanya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com