Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pada 30/6/18 MTUC MRC KL / SEL telah menerima maklumat daripada rakan sejawat kami, Ibu Yatini dari KSBSI Indonesia dan Sdri Lindu Livan dari ITUC MRA KL berkaitan dengan Pembantu Rumah Asing Indonesia di Kuala Lumpur yang tidak dibayar gajinya dan tidak sihat untuk bekerja.
Pada 1-7-2018, bertindak atas maklumat yang diberikan, MTUC MRC menghubungi Pembantu Rumah tersebut untuk mengumpulkan semua maklumat berkaitan terutamanya mengenai keadaan kesihatannya.
Pada 2-7-2018, Dengan campur tangan dari JTK dan pihak Polis, MTUC MRC berjaya menyelamatkan Pembantu Rumah tersebut dan menempatkannya di rumah perlindungan Kedutaan Indonesia.
Pada 4-7-2018, MTUC MRC SEL / KL diwakili oleh Sdra Zul Thye dan Sdra Rudy melawat Pembantu Rumah tersebut di Kedutaan Indonesia. Dia akan pulang semula dengan selamat pada 5hb Julai selepas semua dokumen telah siap dan dibayar dengan sewajarnya.
Sementara itu kami akan membuat tindakan susulan dengan pihak polis mengenai tindakan yang sewajarnya yang perlu diambil kepada majikan yang tidak bertanggungjawab.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com