Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Susulan kenaikan bayaran pemprosesan visa pekerja Indonesia, pengusaha agensi pekerjaan negara itu memberikan amaran menghentikan penghantaran tenaga kerja ke Malaysia, lapor The Star hari ini.
Menurut Persatuan Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (Apjati) yang mewakili lebih 500 agensi, mereka sudah menulis kepada Parlimen Indonesia dan Kementerian Luar dan Sumber Manusia di negara itu meminta supaya penghantaran pekerja ke Malaysia dihentikan serta-merta.
“Kami dengan tegas menolak kenaikan yuran. Ia merupakan satu eksploitasi terhadap rakyat kita. Peningkatan seperti itu mesti dilakukan melalui persetujuan di antara kedua-dua kerajaan.
“Malaysia harus berunding dengan kerajaan kita terlebih dahulu. Tetapi tiada rundingan dilakukan,” kata Presiden Apjati, Ayub Basalamah kepada The Star hari ini.
Di bawah pengurusan Bestinet , iaitu sebuah syarikat persendirian yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin Umno, bayaran pemprosesan visa dinaikkan pada kadar RM15 hingga RM 250 bermula bulan lepas.
Menurut Apjati yang merupakan persatuan yang terbesar dan menghantar lebih 150,000 tenaga kerja Indonesia di Malaysia kenaikan tersebut menyaksikan kos tambahan sebanyak RM34.5 bilion setahun.
Pada masa sama, Ayub berkata kos tambahan bagi memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) satu beban yang besar kepada rakyat Indonesia yang mahu bekerja atau belajar di Malaysia.
Lapor The Star ,VDR diperlukan untuk mereka yang ingin mendapatkan permit kerja, permit belajar atau pas profesional di Malaysia di mana bayarannya oleh pekerja dan bukannya majikan.
Kedutaan Malaysia di Indonesia bulan lalu mengeluarkan kenyataan kepada agensi pekerjaan di sana untuk mengumumkan struktur yuran baru.
Ia diakui Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kedutaan itu diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menggunakan khidmat Pusat Sehenti pemprosesan visa.
Zahrain berkata beliau merasakan yuran tersebut adil kerana syarikat itu mempunyai kos sendiri untuk ditampung.
“Syarikat itu menjalankan pemeriksaan latar belakang terhadap mereka yang memohon visa dan menghantar maklumat tersebut ke Jabatan Imigresen yang kemudiannya meluluskan visa.
“Sebelum ini, kita mempunyai masalah dengan dokumen palsu yang dikemukakan, dan syarikat ini kini ‘menjaga’ masalah ini,” katanya.
Beliau menambah negara-negara lain seperti Amerika Syarikat juga turut menaikkan caj visa.
Pemberian kontak Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat (FWCMS) kepada Bestinet menimbulkan bantahan hebat daripada ahli parlimen pembangkang.
PKR mendedahkan selain bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid, seorang lagi pengarah Bestinet ialah bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja Tengku Omar Tengku Bot dipercayai mempunyai kaitan dengan Azmi. – 28 Januari, 2015.
Sumber: The Malaysian Insider
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com