Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
18-10-18, Wisma MTUC
MESYUARAT STRATEGIK ILO-MTUC UNTUK PENINGKATAN KERJASAMA
Perjumpaan dengan perwakilan ILO hari ini telah diadakan di Wisma MTUC, yang diketuai oleh Sdra Pong Sul Ahn, Pakar Serantau ILO Bangkok, Anni Santhiago, Josh Hong, Dominique Fernandes, Jodelen Mitra dan Catherine Laws dari ILO Kuala Lumpur.
Perwakilan dari MTUC diwakili oleh Sdra J Solomon – Setiausaha Agung MTUC,Sdra Jey Kumar-Naib Presiden MTUC, Sdri Karuna-Ahli Majlis Am, Sdra K Soma-Penolong Setiausaha Pendidikan dan Sdra Zul Thye – Penyelaras MTUC MRC.
Objektif mesyuarat hari ini ialah untuk membincangkan perancangan strategik yang bertujuan:
1. Untuk mempromosikan DWCP dan membantu MTUC dalam proses pembangunan DWCP.
2. Untuk memudahkan ketelusan projek-projek ILO di Malaysia ke MTUC dan menyediakan perkhidmatan mengikut keperluan MTUC berdasarkan prinsip dan nilai perlembagaan ILO.
3. Memastikan projek ILO memberi manfaat kepada semua pekerja di Malaysia dengan penglibatan yang sewajarnya dengan MTUC berdasarkan keperluan pekerja di Malaysia.
4. Kami berterima kasih kepada Sdra Pong-Sul untuk datang ke Malaysia dan mengadakan pertemuan dengan tujuan untuk mengingatkan bahawa ILO akan bekerjasama dengan MTUC sejajar dengan nilai dan prinsip perlembagaan ILO.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com