Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Kenaikan kos hidup tidak boleh disalahkan semata-mata hanya kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
“Ia hanya untuk mengalihkan tumpuan. Kadang-kadang GST tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya semasa ditanya mengenai persepsi umum kos hidup tinggi adalah disebabkan pelaksanaan cukai tersebut.
“Pendapatan rakyat perlu meningkat. Kita perlu meningkatkan produktiviti, tahap pendidikan dan kemahiran mereka. Kita perlukan industri kita meningkatkan rantaian nilai agar mereka boleh mewujudkan pekerjaan dengan bayaran gaji yang baik,” katanya pada taklimat bersama para editor kanan pada Selasa menjelang pengumuman Laporan Tahunan 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 BNM hari ini.
Muhammad berkata masalah rakyat tidak boleh dilihat daripada hanya satu perspektif.
“Kerana jika pendapatan mereka tidak sebanyak yang sepatutnya, ia akan mencetuskan masalah lain. Isu rumah mampu milik adalah disebabkan oleh pendapatan rendah. Pendapatan tidak cukup untuk menampung peningkatan pantas harga rumah,” jelasnya.
Beliau berkata berdasarkan kepada pemerhatian bank pusat, perbelanjaan kumpulan golongan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) meningkat sebanyak 6% manakala gaji meningkat sebanyak 5.5%.
“Jika kita benar-benar menjadi kaya, jenis pekerjaan yang kita wujudkan perlulah berkualiti. Kita tidak boleh mewujudkan pekerjaan yang hanya menarik pekerja asing,” katanya.
Source : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/03/28/gst-bukan-penyebab-kenaikan-sara-hidup-kata-gabenor-bank-negara/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com