Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SHAH ALAM, 23 Julai (Bernama) — Skim Perantisan yang diperkenalkan kerajaan untuk meningkatkan bekalan tenaga kerja mahir di negara ini, berjaya mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem.
Katanya skim yang diperkenalkan pada 1996 menerusi agensi kementerian, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) adalah satu kejayaan besar berikutan 80 peratus belia yang menyertai program latihan itu mendapat pekerjaan dengan pendapatan RM1,200 sebulan.
“Ini adalah antara usaha Kementerian Sumber Manusia membantu khususnya mereka yang tercicir daripada sekolah untuk mendapatkan pekerjaan.
“Menerusi skim ini kami berharap dapat mengurangkan lagi kadar pengangguran negara yang kini pada 2.9 peratus,” katanya selepas menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia kepada 113 perantis di bawah Skim Perantisan di sini, Khamis.
Skim itu yang menyasarkan pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia serta mereka yang tercicir daripada sekolah, ditentukan bersama oleh HRDF dan pemain industri berkaitan.
Program latihan menerusi skim yang dibiayai sepenuhnya oleh HRDF, merangkumi kombinasi teori dan amali untuk kursus berasaskan kemahiran seperti Mekatronik dan Acuan Suntikan Plastik di pusat latihan yang diiktiraf.
Riot berkata pelatih skim itu dibayar elaun sebanyak RM500 sebulan oleh penaja yang mengambil bahagian sekiranya kedatangan mereka melebihi 80 peratus.
Katanya, skim itu juga membolehkan majikan yang berdaftar dengan HRDF untuk terlibat secara aktif bagi menyumbang ke arah mencapai agenda nasional sebanyak 35 peratus tenaga mahir menjelang 2020.
Dalam perkembangan lain, Riot berkata 14 peserta Malaysia dijangka mengambil bahagian dalam Pertandingan Kemahiran Dunia di Sao Paulo, Brazil bulan depan.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com