Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
C4 berkata integriti perlu dijadikan aspek paling dalam budaya dan sosial bagi mencegah perbuatan rasuah.
PETALING JAYA: Memperoleh wang secara mudah dan keinginan mendaki tangga kerjaya dengan segera antara punca sesetengah belia terlibat rasuah, kata NGO anti-rasuah.
Pengarah Eksekutif Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata ini adalah satu trend membimbangkan yang perlu ditangani segera.
Ini kerana belia adalah pemimpin masa depan negara, katanya.
“Anak-anak muda perlu tahu tiada jalan pintas dalam kehidupan, dan integriti perlu dijadikan aspek penting dalam ruang budaya dan sosial kita.”
Kenyataan Gabriel kepada FMT ini susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lebih separuh daripada yang ditangkap kerana rasuah dalam tempoh 3 tahun lepas terdiri di kalangan mereka berumur bawah 40 tahun.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil kepada pemberita pada Khamis, belia hari ini mudah terbabit rasuah kerana “sentiasa mahu jalan mudah” untuk mencapai matlamat peribadi mereka.
Gabriel bersetuju tetapi berkata terdapat faktor lain yang perlu diberi perhatian juga.
Antaranya, tekanan daripada pihak atasan dan keinginan menyesuaikan diri dengan rakan yang juga terbabit rasuah.
“Ya, ia adalah budaya. Dan saya meletakkan tanggungjawab (untuk menangani masalah ini) kepada kepimpinan pada syarikat (terbabit),” katanya.
“Lebih penting, kekurangan kepimpinan politik yang baik membawa kepada ini. Ini mesti berubah serta merta.”
Gabriel kemudian mengesyorkan agar masalah itu ditangani di peringkat sekolah lagi, dengan memperkenalkan sukatan pelajaran anti-rasuah di peringkat pendidikan menengah dan pengajian tinggi.
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan, bagaimanapun memberi pandangan berbeza.
Beliau berkata data SPRM mengenai penangkapan tidak semestinya mencerminkan bagaimana rosaknya golongan belia.
“Ia menunjukkan lebih ramai ditangkap. Ia memberi makna golongan lebih tua lebih bagus mengelakkan diri daripada ditangkap,” katanya kepada FMT.
Wan Saiful juga berkata setiap individu bermotivasi untuk memperoleh keuntungan sebanyak mungkin. Tetapi ini adalah perkara biasa dan beliau tidak melihatnya sebagai masalah.
“Isunya ialah mengenai dasar dan prosedur yang kita ada untuk mengelakkan penyelewengan.
“Kita mesti memupuk budaya di mana semua orang, tanpa mengira umur, menjauhkan diri daripada rasuah.”
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com