Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
FMT Reporters
PETALING JAYA: Kerajaan perlu bertindak tegas keatas majikan yang cuba menipu dan gagal melaksanakan bayaran gaji minimum, kata Naib Pengerusi DAP VI Sivakumar.
Menurutnya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati masih ada majikan yang tidak membayar gaji minimum semenjak dikuatkuasakan pada 2012.
“Pemeriksaan JTK pada April 2014 keatas 11,123 majikan mendapati, 250 daripadanya masiih gagal membayar gaji minimum kepada pekerja.
“Walaupun nampak kecil, saya percaya jumlahnya lebih besar jika JTK buat pemeriksaan lebih kerap dengan teliti.
“Kerajaan perlu berusaha sedaya upaya memastikan majikan di negara ini melaksanakan dasar gaji minimum supaya pekerja tidak ditindas,” kata Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini.
Roketkini melaporkan, perintah Gaji Minimum 2012 telah diwartakan mulai 16 Julai 2012 sebanyak RM900 sebulan, atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pelaksanaan gaji minimum berkuatkuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan bagi majikan yang mempunyai pekerja melebihi lima orang.
Menurut JTK bagi majikan kecil yang mempunyai lima pekerja atau kurang, pelaksanaan gaji minimum berkuatkuasa 12 bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Manakala bagi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, arkitek, juru perunding dan sebagainya yang mempunyai pekerja kurang lima orang tarikh kuatkuasa adalah enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum pada masa yang ditetapkan perlu memohon kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) untuk pelanjutan tarikh permulaan kuat kuasa Perintah Gaji Minimum.
Dalam pada itu kata Sivakumar, kerajaan perlu lebih kerap melakukan pemantauan keatas majikan kerana gaji minimum RM 900 masih kecil berbanding jumlah RM 1200 dicadangkan Kongres Kesatuan Kerja Malaysia (MTUC).
“Tambahan pula kerajaan memberi kelonggaran terhadap majikan yang tidak mampu membayar mengikut gaji yang diwartakan.
“Kelonggaran terhadap majikan dilihat membuka peluang untuk majikan membayar pekerja mereka mengikut kemahuan sendiri,” kata Sivakumar yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.
Sumber: Free Malaysia Today
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com