Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
SHAH ALAM, 1 Mei (Bernama) — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan Selangor memenuhi ikrar yang dibuat bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memperuntukkan sebidang tanah di negeri ini bagi pembinaan sebuah pusat latihan pekerja swasta.
Setiausaha agungnya N.Gopal Kishnam berkata pusat latihan itu sudah lama dinantikan MTUC memandangkan kesatuan itu mahu melatih dan mendidik pekerja dalam kepemimpinan pekerja.
“MTUC telahpun menghantar berpucuk-pucuk surat kepada kerajaan Selangor berhubung tanah itu namun belum mendapat respons memberangsangkan. Kami berharap dapat mendengar khabar gembira tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri perhimpunan bersempena sambutan Hari Pekerja di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.
Abdul Khalid ketika berucap semasa sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei 2014 berkata kerajaan negeri sedia memperuntukkan sebidang tanah di Selangor kepada MTUC untuk membina pusat latihan mereka sendiri.
Dalam perkembangan lain, Gopal Kishnam menggesa kerajaan supaya menetapkan gaji minimum RM1,200 sebulan.
Beliau berkata gaji minimum bagi pekerja sektor swasta yang ditetapkan pada Januari 2013 adalah RM900 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak.
Ia perlu disemak semula setiap dua tahun berdasarkan Perintah Gaji Minimum 2012.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com