Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Majlis Kesatuan Sekerja Perkhidmatan ASEAN (ASETUC) akan menyediakan satu rangka kerja pada Mac depan bagi melindungi kesatuan sekerja dan kebajikan pekerja.
Rangka kerja yang dicadangkan itu akan diserahkan kepada kerajaan sebelum pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Setiausaha Agung ASETUC, Mohamed Shafie BP Mammal, berkata cadangan itu meliputi garis panduan perlindungan yang perlu dipakai oleh kesatuan sekerja, termasuk isu seperti keanggotaan kesatuan sekerja yang merentas sempadan, jika kerajaan menandatangani TPPA.
“Amat penting bagi kami untuk berbincang, mendapatkan tafsiran mengenai TPPA yang betul, terutama jika ada pertikaian antara pekerja dan majikan,” katanya kepada pemberita pada bengkel Perspektif Pekerja Mengenai TPPA dan Komuniti Ekonomi Asean 2015, di sini, hari ini.
Mohamed Shafie juga berkata, penggunaan standard bahasa Inggeris yang tinggi dalam dokumen TPPA mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan pekerja dan kesatuan sekerja.
“Satu rangka kerja perlu diwujudkan supaya kami boleh bertindak dalam rangka kerja itu dan jika ada pertikaian, kami boleh merujuk kepada pihak ketiga atau tribunal,” katanya.
TPPA dijangka meliputi kira-kira 40 peratus daripada ekonomi dunia dan mewujudkan pasaran seramai 800 juta penduduk dengan gabungan keluaran dalam negara kasar sebanyak AS$27.5 trilion (RM118 trilion).
Ditanya mengenai gaji minimum di negara ini, berkata ia perlu ditingkatkan kepada RM1,500 dan bukannya RM1,000 berikutan kos sara hidup yang tinggi.
“Kenyataannya, kadar tol telah naik, harga petrol meningkat, saya berpendapat bahawa RM1,500 adalah lebih sesuai dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya, sambil menambah gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia juga perlu diselaraskan.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com