Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) — Lebih 1,400 peserta dalam dan luar negara dijangka menghadiri Forum Rakyat ASEAN (APF) 2015, yang dijadualkan dari 22 hingga 25 April ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Pengerusi Bersama APF 2015 Jerald Joseph berkata forum tahunan masyarakat madani itu akan membincangkan isu-isu hak asasi manusia, pembangunan, perdagangan, alam sekitar, belia dan kebudayaan yang membabitkan 10 negara anggota ASEAN.
“Ia juga untuk menjadikan Komuniti ASEAN + 1 (termasuk Timor Leste) lebih terserlah dan dikenali, selain bertukar maklumat serta mengalami situasi negara berlainan yang mungkin mempunyai persamaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Selain sesi pleno lain, katanya para peserta juga akan menghadiri sesi dan bengkel tematik termasuk yang dikendalikan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Jawatankuasa bagi Wanita Asia.
Forum tahun ini bertema “Mengembalikan Komuniti ASEAN kepada Rakyat” akan meneruskan usaha ke arah penubuhan ASEAN berpaksikan rakyat demi mewujudkan komuniti yang aman dan makmur.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com