Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PELABUHAN KLANG, 12 Okt (Bernama) — Majikan di negara ini digesa mengaplikasikan pendekatan ergonomik dalam sistem pekerjaan sebagai langkah meningkatkan produktiviti pekerja.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata pendekatan itu mampu mengurangkan “musculoskeletal disorders” (MSDs), iaitu penyakit berkaitan otot, tulang dan sistem saraf dalam kalangan pekerja.
“Budaya ergonomik yang diaplikasikan di kawasan pekerjaan mampu mengurangkan kemalangan, kecederaan, sakit dan kos penjagaan kesihatan terhadap pekerja.
Dengan ini produktiviti pekerja meningkat sekali gus memberi keuntungan kepada organisasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Ergonomik di Tempat Kerja’ di sini, hari ini.
Ergonomik merupakan bidang sains dan teknologi yang bertujuan untuk menyesuaikan penggunaan peralatan pekerjaan, reka bentuk tempat kerja, persekitaran tempat bekerja dan juga cara bekerja mengikut had serta kemampuan fizikal dan mental pekerja.
Sehubungan itu, Lee berkata majikan tidak seharusnya ‘kedekut’ dalam membuat pelaburan untuk mengaplikasikan pendekatan ergonomik di organisasi masing-masing.
“Majikan perlu prihatin, contohnya dalam menyediakan kelengkapan pejabat termasuk perabot yang bersesuaian. Masalah tulang dan otot itu ada hubung kait dengan reka bentuk, susunan dan penggunaan pelbagai komponen perabot di pejabat,” katanya.
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com