Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) mengingatkan majikan dan pekerja supaya memastikan persekitaran pekerjaan mereka bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
Pengerusi Niosh Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan Khamis berkata perhatian khusus perlu diberikan kepada tapak pembinaan dalam memastikan kebersihan kawasan kerja sentiasa terjamin.
“Ia adalah menjadi tanggungjawab kontraktor di tapak kerja dan juga pekerja mereka untuk memastikan kebersihan di tapak kerja dan membuang semua objek seperti bekas kosong, tin, tayar dan lain-lain yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.
Tambahnya Niosh menyokong penuh Kempen Perang Aedes Habis-Habisan untuk tempoh dua bulan yang diumumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Rabu.
Dari Januari hingga semalam, sebanyak 49,948 kes denggi dilaporkan di seluruh negara, peningkatan sebanyak 35,542 kes atau 247 peratus berbanding 14,406 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Sementara itu sebanyak 94 kematian akibat denggi dilaporkan, meningkat 236 peratus berbanding 28 kematian untuk tempoh sama. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com