Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pada hari pertama bekerja di bawah Kerajaan baru, MTUC telah dipanggil untuk memberikan butiran isu pekerja. Ini mencerminkan kesungguhan mereka untuk menangani masalah pekerja.
Ketua Eksekutif MTUC, J Solomon telah dipanggil oleh Tun Daim untuk memberi butiran dan penerangan mengenai isu pekerja yang telah dibangkitkan dengan kerajaan BN sebelum ini yang tidak pernah ditangani.
Antara isu utama yang dibangkitkan oleh MTUC dalam mesyuarat ini adalah masalah pekerjaan terutamanya kos sara hidup, keselamatan pekerjaan, kekurangan persediaan dan peningkatan kemahiran pekerja untuk industri 4.0, Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan yang tidak menjalankan fungsinya, lambakan kemasukan pekerja asing dan di eksploitasi dan hak kesatuan sekerja terutamanya dalam proses pengiktirafan.
Saudara Solomon memaklumkan berkenaan perjuangan lebih daripada 20 tahun oleh Kesatuan Pekerja Kayu Sabah (STIEU) yang baru-baru ini, syarikat tersebut telah menamatkan sementara perkhidmatan 1390 pekerja di Sipitang, Sabah.
Selanjutnya, berkenaan isu-isu yang belum selesai pada Persidangan Buruh Antarabangsa seperti ketidakpatuhan Kerajaan sebelum ini bagi Konvensyen 19 – Kesaksamaan Rawatan (Pampasan Kemalangan) di mana perlindungan sosial untuk pekerja asing telah dikeluarkan dari PERKESO dan diletakkan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 telah dibawa untuk perhatiannya. Dan juga kegagalan Kerajaan sebelum ini untuk menanggani Keganasan melibatkan isu jantina dalam kaji selidik serta indikasi dalam komitmennya untuk memperkenalkannya di Konvensyen Antarabangsa mengenai Keganasan dalam isu jantina juga diketengahkan.
Sebagai penasihat kepada Kerajaan tentang dasar dan program untuk membantu Pakatan mencapai janji pilihan raya dalam 100 hari pertama, Tun Daim dan pasukannya telah bekerja keras sejak pelantikan mereka. Ia sangat meyakinkan untuk melihat kesungguhan dan komitmen, di mana Tun Daim dan pasukannya bekerja untuk mengumpulkan maklumat berkaitan isu yang mempengaruhi pekerja. Kesungguhan mereka sangat menjanjikan masa depan pekerja yang baik di Malaysia seperti yang dijanjikan oleh Tun Daim untuk membawa maklumat yang dikumpul akan dibawa ke perhatian Perdana Menteri kita, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
MTUC menyeru 14 juta pekerja untuk menyokong Kerajaan dalam usaha ini dan memberikan mereka masa untuk menangani isu-isu berdasarkan keutamaan demi kepentingan Rakyat. Janganlah kita memberikan tekanan yang tidak munasabah kepada mereka di ketika ini. Mereka perlu mengkaji dan merujuk semula dasar dan amalan yang memberi kesan kepada kehidupan pekerja.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com