Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) — Dalam usaha menarik dan mengekalkan bakat baharu dan memastikan kejayaan syarikat, sektor swasta perlu terus menambah baik penawarannya kepada tenaga kerja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini penting memandangkan generasi muda inilah kelak yang akan menambil alih peranan yang lebih besar dalam ekonomi, kata Najib dalam ucaptama pada Invest Malaysia di sini Isnin.
“Apabila tenaga kerja meningkat, kerajaan akan terus mengukur pendapatan negara kasar sebagai langkah penting kejayaan,” katanya.
Najib berkata golongan muda hari ini menyaksikan dunia yang lebih terbuka, saling berhubungan, lebih kompleks dan dahaga untuk mengisinya dengan cara terbaik.
“Selain beberapa industri yang bermasalah, dan golongan berjaya yang cepat matang, tokoh politik dan perniagaan kini kebanyakannya terhad kepada mereka dalam golongan generasi saya.
“Kami membawa kebijaksanaan dan pengalaman, namun kami tidak selalu dapat membayangkan trajektori kehidupan dan kerjaya yang akan diambil oleh generasi muda ini.
“Kami boleh dan akan melakukan lebih banyak lagi bagi memastikan pandangan mereka bukan sekadar didengar malah diambil kira dalam membuat dasar,” kata Najib.
Najib berkata gaji pada 32.9 peratus keluaran dalam negara kasar di Malaysia adalah lebih rendah berbanding pasaran maju, di mana angkanya hampir kepada 40 peratus dan dan menegaskan bahawa gaji dan produktiviti boleh meningkat secara seiring.
Beliau berkata mengurus kos hidup dan mengekalkan inflasi pada kadar rendah merupakan matlamat utama ekonomi.
“Tetapi di bawah angka tunjuk ini, kita juga perlu perakui bahawa pemahaman orang ramai mengenai pembangunan sebahagian besarnya dibentuk oleh faktor bukan ekonomi,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com