Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pandemik COVID-19 melanda segenap pelusuk dunia, sekali gus menjejaskan perniagaan tempatan dan antarabangsa, meragut ratusan ribu nyawa serta membinasakan mata pencarian jutaan manusia pada kadar begitu pantas yang tidak pernah di alami sebelum ini.
Walaupun pihak kerajaan berusaha untuk menangani pelbagai krisis yang dicetuskan oleh pandemik ini, para pekerja amat tertekan, akibat gaji dipotong, di paksa mengambil cuti tahunan tanpa gaji, dan lebih kejam, diberhentikan kerja sewenang-wenangnya oleh majikan tertentu.
Justeru, MTUC akan mengumpul ahli panel yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing, untuk mengupas pelbagai aspek penderitaan pekerja akibat penularan Covid-19 untuk berkongsi pandangan mereka dengan pekerja menerusi Facebook MTUC.
Isu-isu akan bakal dibincangkan merangkumi aspek perundangan, kesatuan sekerja dan inisiatif kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.
Perbincangan secara langsung di Facebook MTUC ini juga akan mendalami kemelut sosio-ekonomi di Malaysia yang kian meruncing.
Program Facebook ini adalah antara usaha berterusan MTUC ke arah memupuk kesedaran pekerja dan membantu mereka dengan menawarkan khidmat nasihat serta memberikan pembelaan yang diperlukan.
Sila ikuti diskusi CABARAN PEKERJA SEMASA PANDEMIK COVID-19 pada:
Hari: Jumaat 22 Mei 2020
Jam: 10.00 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat: LIVE di Facebook Malaysian TUC
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com