Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
9 Dec 2018. Padang Timur, Petaling Jaya
Sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang pada asalnya diadakan pada 8-12-2018 telah ditunda kepada 9-12-2018. Majlis berjalan amat lancar dengan kehadiran dan penglibatan dari Ahli Ahli Parlimen, Agensi Kerajaan, Wakil Majikan dan juga Kesatuan Sekerja.
MTUC dijemput dan diberi peluang untuk turut serta di dalam program ini.
MTUC diwakili Sdra Zul Thye, Penyelaras MTUC MRC dan yang turut sama-sama membantu semasa pameran dijalankan adalah Sdra Haiqal,Sdra Azri, Sdra Michael dan Sdra Sethu dari NUBE seterusnya di beri sokongan oleh Setiausaha Agung MTUC, Sdr J Solomon.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan dikuti oleh ucapan kata kata aluan oleh Pengerusi SUHAKAM, YBhg. Tan Sri Razali Bin Ismail dan sekaligus merasmikan Hari Hak Asasi Manusia 2018.
MTUC telah membuka gerai pamerannya dengan mempamerkan dan menerangkan kepada pengunjung berkenaan fungsi,aktiviti dan pencapaainnya. Fungsi dan aktiviti MTUC MRC juga diketengahkan. Kami juga menerima beberapa aduan berkenaan masalah berkaitan pekerjaan dari beberapa pengunjung yang hadir. Kebanyakan pengunjung tempatan mahupun pengunjung antarabangsa memberikan komen yang amat positif dengan usaha yang dilakukan oleh MTUC dalam memperjuangkan kaum pekerja,samada pekerja tempatan dan juga pekerja migran di Malaysia.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com