Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Ketika rakyat Malaysia bersiap ke arah Pilihan Raya Umum Ke-14, manifesto dari parti-parti yang akan bertanding menjadi janji mereka, jika mereka berjaya memegang pentadbiran negara.
Beberapa janji yang telah dibuat untuk cuba menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh warga pekerja, sebenarnya, tidak membawa penyelesiaan yang signifikan yang akan menaikkan taraf kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Manifesto KKSM ini adalah satu peringatan kepada semua calon politik bahawa keperluan warga pekerja telah diabaikan sekali lagi.
Tuntutan-tuntutan berikut bertujuan untuk mengutarakan faktor-faktor utama di mana hak-hak pekerja serta kesejahteraan mereka telah dikompromi maka, dengan itu KKSM menjemput mana-mana calon atau parti politik untuk berdialog serta mengadakan perbincangan bagi memahami dengan lebih terperinci berkenaan tuntutan dan harapan pekerja didalam manifesto pekerja ini.
Para pekerja juga haruslah membuat pilihan yang tepat didalam pilihan raya umum ini dengan memberi sokongan kepada mana-mana parti politik yang menjamin tuntutan-tuntutan seperti berikut:
1. Mewujudkan Pihak Pengawalan Tanah dan Perumahan yang berkuasa, terdiri daripada pihak-pihak yang penting untuk mengenal pasti permintaan dan menguruskan perumahan mampu dimiliki yang secukupnya di negara ini.
2. Membina perumahan yang mampu dimiliki dengan saiz 1,000 kaki persegi yang selesa dan ditawarkan untuk pembelian pada kadar faedah sifar peratus (0%) kepada pekerja B40 dan kadar faedah minimum sebanyak 2% (2%) kepada pekerja M40.
3. Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,800 dalam kajian yang akan datang dan memastikan bahawa dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai tahap gaji kehidupan sebanyak RM 2,700.00 seperti yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia.
4. Menetapkan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) minimum sebanyak RM300 untuk kesemua pekerja.
5. Menetapkan gaji minimum sebanyak RM3,500 untuk semua graduan.
6. Memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kecuali bagi barangan mewah.
7. Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan ke atas gaji RM6,500 dan ke bawah.
8. Menyediakan pengajian tinggi secara percuma bagi semua pelajar daripada keluarga kategori B40 dan M40 dan mansuhkan semua bayaran balik PTPTN dengan kadar segera.
9. Memperkenalkan aspek hak pekerja dan undang-undang buruh dalam silibus pendidikan.
10. Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh dilaburkan ke dalam mana-mana entiti yang anti kesatuan dan menghancurkan hak pekerja.
11. Menetapkan kadar minimum dividen KWSP tidak kurang daripada 8%.
12. Kerajaan perlu menyediakan perlindungan insuran bagi rawatan hospital dan pembedahan untuk semua rakyat Malaysia golongan B40 dan M40.
13. Menyediakan peluang dan meningkatkan kemahiran yang komprehensif serta relevan dengan secukupnya dan memastikan perlaksanaan digitalisasi dikawal supaya tenaga kerja yang sedia ada di Malaysia kekal relevan.
14. Melaksanakan dasar yang menyeluruh untuk menangani isu-isu pekerja asing di negara ini.
15. Kaji semula proses pengiktirafan, pastikan pengiktirafan kesatuan-kesatuan sekerja yang sah oleh majikan tanpa sebarang halangan dan jadikan aktiviti-aktiviti anti-kesatuan serta penganiayan wakil kesatuan sebagai satu jenayah.
16. Rujuk pertikaian perusahaan yang tidak dapat diselesaikan di Jabatan Perhubungan Perusahaan terus ke Mahkamah Perusahaan.
17. Hentikan amalan membayar pampasan sebagai ganti rugi untuk pemulihan pekerjaan; tanpa persetujuan pekerja tersebut apabila mahkamah memutuskan pemberhentian kerja pekerja tersebut itu adalah salah.
18. Melakukan kajian semula undang-undang buruh secara holistik, memperkuatkuasakan check-off dari segi undang-undang, batalkan undang-undang yang menghalang hak kesatuan dan ratifikasikan Konvensyen ILO 87.
19. Menambahkan peruntukkan dana kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Kesatuan Sekerja untuk disalurkan kepada kesatuan-kesatuan sekerja bagi melatih dan meningkatkan kemahiran ahli masing-masing, dan untuk Jabatan Tenaga Kerja menambah-baik penguatkuasaan.
20. Pinda Akta Kerja 1955 untuk memberi cuti bersalin bergaji 90 hari dan 30 hari cuti paternity bergaji.
21. Kerajaan harus mewujudkan kesedaran mengenai hak-hak pekerja dan semua perkara yang berkaitan dengan pekerja melalui saluran-saluran television.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com