Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh ZUNAIDAH ZAINON
ekonomi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 28 Mei – Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah Tenaga Nasional Berhad (KPPRTNB) akan mendapatkan lebih banyak maklumat untuk meyakinkan kerajaan supaya memilih bidaan secara terbuka bagi projek penjanaan tenaga memandangkan ia melibatkan isu nasional dan membabitkan banyak pihak.
Ini berikutan daripada kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) bahawa keputusan melaksanakan proses bidaan bagi projek penjanaan tenaga hanya tertakluk di tangan kerajaan kerana perlu mengambil kira aspek teknikal dan pelbagai spesifikasi.
Malah, ST turut menegaskan tidak semestinya bidaan dengan harga yang rendah akan mendapat projek tersebut.
Presiden KPPRTNB, Mohd. Roszeli Majid berkata, jika kerajaan tidak mengambil langkah bermula dari sekarang tidak mustahil perkara yang pernah menimpa California, Amerika Syarikat pada Disember 2000 akan berlaku di negara ini jika IPP mengambil alih bekalan elektrik negara.
Katanya, krisis tenaga di California itu sewajarnya menjadi pengajaran terbaik buat negara supaya penganugerahan projek penjanaan dibuat secara terbuka bagi membolehkan rakyat menikmati tarif elektrik yang rendah.
“Ini yang kesatuan bimbangkan sebab Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah ‘syarikat rakyat’ dan tidak boleh berhenti memberi perkhidmatan kepada rakyat seperti hospital. Bahkan, ini juga membabitkan isu keselamatan negara.
“Bayangkan, jika bekalan elektrik dikuasai penjana tenaga bebas (IPP) secara majoriti, bukan sahaja rakyat menanggung tarif tetapi boleh menyebabkan sabotaj kepada bekalan elektrik negara suatu hari nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, seramai 16 wakil daripada Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB dan Kesatuan Pegawai-pegawai Rendah TNB mengadakan pertemuan dengan Pengerusi ST, Datuk Abdul Razak Abdul Majid bagi menggesa supaya bidaan projek itu dibuat secara terbuka untuk membolehkan IPP menawarkan harga pembelian yang lebih murah berbanding rundingan secara terus.
Tambahnya, sebelum kehadiran IPP pada 1993, TNB telah membuktikan bahawa kos penjanaan tenaga dapat dikawal dengan harga yang munasabah tanpa membebankan rakyat.
Bagaimanapun, katanya, terdapat juga pesaing IPP dalam penjanaan tenaga yang membuktikan kemampuan mereka menawarkan harga yang rendah dalam penghasilan tenaga dan membantu dalam meningkatkan penjanaan tenaga untuk negara.
“Bukan semua IPP tidak baik. Ada juga IPP yang baik, misalnya mereka menjana tenaga dan menjual kepada TNB dengan harga yang munasabah malah mereka membantu meningkatkan penjanaan tenaga untuk negara,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya, TNB juga menampung kos yang begitu banyak untuk menyediakan prasarana bekalan elektrik daripada penjanaan, penghantaran dan pembahagian berbanding IPP yang hanya menanggung kos penjanaan elektrik sahaja.
“Kita bukan jana elektrik sahaja tetapi bertanggungjawab untuk kesemuanya, IPP tidak ada tanggungjawab itu,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S, beliau berkata, pihaknya menyambut baik usaha tersebut kerana selari dengan matlamat kesatuan untuk memastikan harga yang terkawal dan rendah untuk tarif elektrik.
AWER dalam Utusan Malaysia hari ini menggesa kaedah rundingan terus tidak dilaksanakan dalam menentukan pemenang projek loji janakuasa Track 4A bernilai RM8 bilion hingga RM10 bilion.
“Begitu juga dengan saranan untuk menubuhkan panel bebas, kami melihat keputusan dan penilaian yang akan dibuat kelak bebas daripada sebarang pengaruh politik dan badan korporat,” ujar beliau.
Sumber: Utusan
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com