Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa India ‘memboikot’ pembelian minyak sawit Malaysia dikhuatiri boleh menjurus ke arah perang perdagangan tidak rasmi dan sekatan ekonomi yang akhirnya memberi kesan kepada ratusan ribu pekerja tempatan dalam industri berkenaan.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solomon, berkata pihaknya percaya tindakan India itu hanya didorong isu politik yang melanda dengan Kerajaan Malaysia sebelum ini, namun ia tidak seharusnya memperjudikan aspek ekonomi yang menyebabkan pekerja bidang itu terjejas.
Justeru, beliau berkata, Kerajaan Malaysia dan India diminta menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan sebarang isu dan bukannya menggunakan perang perdagangan yang akhirnya menyebabkan jutaan keluarga daripada ratusan ribu pekerja sektor itu terjejas.
“Kita prihatin terhadap arahan pihak berkuasa India kepada semua penapis dan peniaga minyak kelapa sawitnya supaya mengelak daripada membeli minyak sawit Malaysia disebabkan kritikan Kuala Lumpur terhadap India di Kashmir serta undang-undang kewarganegaraan mereka.
“Malah, melalui laporan berita di India, pelbagai pemain industri sedang meneroka semua pilihan yang ada untuk melaksanakan langkah terbabit selepas mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan yang berkaitan.
“Ini memberi kesan langsung kepada ratusan ribu pekerja Malaysia dan jutaan keluarga mereka dalam industri serta semua sektor hiliran berkaitan…selain pekerja ladang, terdapat pekerja kilang penapisan dari semua kategori, industri pengangkutan, pemandu, kontraktor, syarikat baja dan keluarga mereka, ” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini meminta India bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan isu konflik dua wilayah berkenaan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 pada 24 hingga 28 September lalu.
Perdana Menteri berharap konflik Jammu dan Kashmir diselesaikan secara rundingan dan bukan menerusi kekerasan.
Bagaimanapun, pendirian beliau itu menimbulkan kemarahan rakyat India kerana mereka percaya Kashmir mempunyai kepentingan dengan India dan negara lain tiada hak campur tangan urusan kedaulatan negara mereka.
Pada masa sama, Solomon berkata, selain pekerja tempatan, terdapat kira-kira 500,000 pekerja asing India bekerja di Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk yang dikaitkan dengan industri minyak sawit.
Katanya, langkah India ini akan memberi impak kepada pekerja mereka sendiri yang memenuhi keperluan sektor sosioekonomi di sini, malah golongan itu juga menghantar pulang sekurang-kurangnya 90 peratus upah mereka ke India yang berjumlah kira-kira RM2 bilion setahun.
Beliau berkata, hasil minyak sawit penting kerana menyumbang kira-kira tujuh peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) berjumlah kira-kira RM6 bilion setahun.
“Justeru, sebelum sebarang kerosakan dilakukan, kami ingin memohon kedua-dua kerajaan menggunakan semua saluran diplomatik yang mungkin untuk menyelesaikan isu ini dengan mengetepikan sebarang ego diplomatik dan peribadi.
“Dengan ketidakpastian melanda dunia masa ini akibat serangan Iran-Amerika Syarikat, termasuk harga minyak semakin meningkat, ia juga dijangka memberi kesan kepada kos hidup, ” katanya.
Source : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/645648/tindakan-boikot-minyak-sawit-malaysia-beri-kesan-kepada-pekerja
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com