Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
MTUC tidak terkejut dengan kedudukan yang diambil oleh Mohd Puad Zarkashi, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, namun 17,000 individu yang dilantik oleh kerajaan BN tidak boleh disamakan dengan pekerja dalam erti kata sebenar kerana mereka adalah lantikan politik.
Namun realitinya adalah bahawa kerajaan yang lalu tidak pernah bimbang tentang nasib pekerja biasa. Antara pekerja yang menjadi mangsa kerana sikap BN yang tidak peduli terhadap pekerja ialah 1390 orang pekerja Industri Hutan Sabah yang telah ditamatkan perkhidmatan buat sementara waktu sejak 1 Januari 2018. Kemudian, terdapat 27 pekerja yang dibuang kerja oleh Hong Leong Bank apabila mereka enggan meninggalkan tanggungjawab keluarga mereka dan menerima penghijrahan ke bandar. Dan, banyak lagi pemimpin kesatuan pekerja yang dipecat kerana kegiatan kesatuan sekerja, tidak lupa ribuan pekerja yang ditamatkan perkhidmatan di bawah nama Industri 4.0; semuanya adalah pekerja tetap dalam kategori B40 dan bukannya lantikan politik.
MTUC, Kesatuan dan pekerja masing-masing merayu kepada BN negeri dan kerajaan Persekutuan berulang kali tetapi mereka tidak mempunyai keinginan politik untuk melindungi pekerja tersebut. Sebenarnya, di bawah kerajaan yang lalu, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber Manusia dan Bank Negara Malaysia mengesahkan pemberhentian kerja itu.
Mungkin nampak seperti sesuatu yang malang bagi lantikan politik itu ditamatkan perkhidmatan ketika umat Islam sedang melalui Ramadhan tetapi Puad harus menyedari penderitaan mereka yang sebelum ini yang telah kehilangan pekerjaan semasa pentadbiran di bawah rejim yang lepas. Mereka melalui banyak Ramadhan dan Syawal tanpa sesen pun di dalam kantong mereka. Namun, sikap kenegarawan yang sebenar telah dicirikan oleh YAB Tun dalam kesediaan beliau untuk mengekalkan semua pekerja yang bergaji rendah.
Lantikan politik ini adalah berlebihan dan mereka berkhidmat untuk tuan politik mereka di bawah kerajaan BN dengan mengorbankan wang pembayar cukai dan kita mesti tertanya-tanya apa kadar gaji mereka. Oleh itu, tangisan untuk 17,000 kakitangan lantikan politik yang ditamatkan perkhidmatan dan meminta campur tangan MTUC kini hanya tangisan palsu, dan untuk menunding jari kepada kerajaan baru ini dengan senang.
Ahli politik BN bertanggungjawab secara moral terhadap lantikan politik itu maka mereka harus ambil tanggungjawap menjaga kesejahteraan mereka. Sudah tentunya, parti-parti gabungan yang telah berkuasa selama 60 tahun telah mengumpulkan cukup dana untuk melakukannya.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com