Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
GEORGETOWN: Enam banglo tiga tingkat bernilai jutaan ringgit yang masih dalam pembinaan rosak selepas jalan di Persiaran Tanjung Bungah 3 di sini runtuh, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga banglo rosak teruk apabila bahagian hadapan rumah termasuk tempat letak kenderaan runtuh.
Pengerusi Persatuan Penduduk Kondominium Surin, Jesmond Ng, mendengar dentuman kuat sebelum melihat rekahan berlaku pada tembok penahan berdekatan jalan ke tapak pembinaan berkenaan.
ENAM banglo tiga tingkat bernilai jutaan ringgit yang masih dalam pembinaan rosak selepas jalan di Persiaran Tanjung Bungah 3 di Georgetown runtuh, awal pagi tadi.
“Kami risau sekiranya runtuhan lebih besar berlaku dan menjejaskan perumahan yang dihuni hampir 1,000 penduduk.
“Kawasan lereng bukit berhampiran laluan masuk ke Kondominium Surin juga begitu hampir dengan kawasan runtuhan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana banglo berkenaan masih kosong dan difahamkan dalam proses mendapatkan sijil layak menduduki.
Seluruh kawasan berkenaan terpaksa ditutup dengan kanvas untuk menghalang orang ramai masuk bagi mengelak kejadian tidak diingini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/346762/tanah-runtuh-di-tapak-pembinaan
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com