Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR 13 Sept. – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jauh daripada layak bergelar pejuang belia selagi gagal menghayati realiti pasaran pekerjaan, punca pengangguran tinggi dalam kalangan belia dan masalah pekerja bersara dengan simpanan yang rendah.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon berkata, pihaknya terkilan dengan hujah Menteri Belia dan Sukan itu dalam menolak cadangan MTUC untuk meningkatkan umur persaraan kepada 65.
“MTUC faham keinginan beliau untuk dilihat sebagai pejuang generasi muda namun perjuangan itu harus bersandarkan fakta dan tidak memperlekehkan generasi tua kita.
“Hakikatnya ramai warga tua masih sihat dan berupaya menabur jasa dengan kelebihan pengalaman mereka pada usia 65 tahun. Ramai daripada mereka adalah ibu-bapa kepada belia-belia yang dimaksudkan oleh Syed Saddiq sendiri,” katanya.
J. Solomon berkata, usia 65 adalah kebiasaan di banyak negara maju iaitu negara yang mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.
“Jepun yang kini kembali menjadi negara contoh kepada Malaysia di bawah kerajaan Pakatan Harapan, menetapkan usia persaraan sebagai 65 tahun.
“Begitu juga di negara-negara Eropah dan jiran kita Singapura. Jadi untuk mengatakan ia satu langkah ke belakang atau mundur sebenarnya mencerminkan kecetekan hujah sedemikian,” katanya.
Mengulas lanjut kata beliau, pihaknya tidak membelakangkan kepentingan golongan belia apabila mengemukakan usul berkenaan sebaliknya sebilangan besar warga pekerja adalah belia dan diberikan upah serta kemudahan kerja yang lebih baik.
“Masalah pengangguran tinggi dalam kalangan belia yang dirujuk oleh Syed Saddiq tidak boleh dijadikan alasan menolak usul meningkatkan umur persaraan.
“Pengganguran itu berpaksi kepada kepincangan sistem pendidikan dan dasar-dasar rapuh kerajaan termasuk kebergantungan berterusan kepada buruh asing murah yang bukan sahaja gagal memperkukuh malah memperlemahkan pasaran pekerjaan negara untuk sekian lama,” katanya.
Beliau turut membidas Syed Saddiq yang kelihatan berpeluk tubuh dan bersikap dingin terhadap usul pemberian COLA bulanan RM500 yang mana ia memberi bantuan secara langsung kepada warga pekerja termasuk golongan belia.
“Beberapa cadangan lain juga dibuat MTUC sempena Bajet 2020 namun Syed Saddiq juga tidak memberi sebarang ulasan mengenainya.
“Sikap sebegini membuka semua kisah bagaimana Syed Saddiq diam apabila MTUC menggesa kerajaan sekarang untuk meningkatkan gaji minimum bulanan RM1,100 yang ditawarkan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.
Source : https://www.utusan.com.my/…/syed-saddiq-bukan-pejuang-belia…
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com