Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
IPOH: Keputusan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum ini yang menetapkan syarat baru berhubung rawatan dialisis percuma terikat kepada tempoh dan jumlah caruman pencarum merupakan keputusan pertubuhan itu sendiri.
Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran berkata, segala keputusan berkaitan syarat baru itu adalah hasil mesyuarat pertubuhan berkenaan pada 15 Dis lepas dan ia dibuat di luar pengetahuannya.
“Keputusan Perkeso untuk tidak menyediakan perkhidmatan dialisis kepada yang mencarum kurang daripada 24 bulan berbanding 12 bulan adalah keputusan mereka sendiri.
“Keputusan dibuat tanpa pengetahuan saya. Ada yang kata menteri yang arahkan, ia tidak benar. Saya telah mengarahkan pihak Perkeso menarik balik keputusan mereka,” katanya.
Kula Segaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat berkata demikian kepada pemberita selepas memberi minuman percuma kepada orang ramai sempena sambutan Thaipusam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye di Kuil Gunung Cheroh di sini, hari ini.
Sebelum ini, Perkeso menjelaskan melalui Arahan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) Bil. 1/2020 yang berkuat kuasa pada 10 Jan lepas, kemudahan dialisis perlu mengikut syarat baru kelayakan caruman yang ditetapkan selari dengan prinsip perlindungan sosial dan kemampanan dana keselamatan sosial untuk masa hadapan.
Bagaimanapun pada Khamis lepas, Perkeso mengumumkan arahan baru itu ditarik balik berkuat kuasa serta-merta, sekali gus membolehkan semua pencarum yang layak, termasuk penerima bantuan ilat, menerima kemudahan bantuan dialisis percuma seperti sebelum ini.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/syarat-baru-rawatan-di…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com