Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
JOHOR BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Seorang subkontraktor kilang percetakan maut dipercayai ditikam dua pekerjanya di Flat Taman Gembira, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian dipercayai berlaku pada pukul 5.05 petang dan mangsa, Lee Chee Mian, 48, dari Taman Skudai Baru, di sini, meninggal dunia sejurus tiba di sebuah poliklinik berdekatan.
“Difahamkan Lee pergi ke flat berkenaan pada kira-kira pukul 1.30 petang untuk bertemu dua pekerjanya yang menyewa di situ kerana kedua-dua pekerja terbabit tidak hadir bekerja di sebelah petang dan hanya bekerja setengah hari.
Telah berlaku pertengkaran di luar rumah antara Lee dan kedua-dua pekerja rakyat Vietnam itu sehingga menyebabkan Lee ditikam menggunakan senjata tajam di bahagian rusuk kanan,” katanya di sini hari ini.
Sulaiman berkata Lee kemudian bertindak ke sebuah poliklinik yang terletak kira-kira 500 meter dari flat itu, namun dia rebah di kerusi klinik itu lalu disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata polis setakat ini mempercayai motif kejadian adalah mengenai soal kerja dan isu gaji di antara Lee dan kedua-dua pekerja berkenaan.
Katanya mayat Lee dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, dan bedah siasat yang dilakukan mendapati punca kematiannya disebabkan tiga tikaman menggunakan benda tajam yang menembusi jantungnya.
“Sehubungan kejadian itu, polis kini menahan lima lelaki rakyat Vietnam yang kesemuanya pekerja Lee bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com