Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Bersempena sambutan Hari Pekerja Migran Antarabangsa, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (KKSM) dengan kerjasama North South Initiatives telah menganjurkan himpunan lebih 100 pekerja migran di St John Hall, Kuala Lumpur pada 17 Disember 2017.
Berjuta-juta pekerja migran mencari pekerjaan dan perlindungan di seluruh dunia akibat dari keadaan politik dan sosioekonomi yang menindas di negara asal mereka. Malaysia salah satu negara utama yang menerima berjuta-juta pekerja migran. Mengikut statistik terbaharu Kementerian Sumber Manusia, terdapat 1,732,944 (1.7 juta) pekerja migran yang sah di Malaysia iaitu 12 peratus daripada tenaga buruh sektor swasta sebanyak 13.2 juta.
Bagaimanapun, berdasarkan pelbagai laporan, penyelidikan dan juga testimoni mangsa, kita menyaksikan masih ramai pekerja migran yang menghadapi kehidupan yang tidak menentu dan dinafikan hak untuk berkesatuan termasuk di Malaysia. Ramai yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia, proses pengambilan buruh yang membawa kepada suasana kerja yang teruk dan tiada hak, dan juga tanpa dokumen.
Oleh itu, kita perlu menggesa komitmen kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf dan menyokong piawaian buruh antarabangsa untuk mematuhi standard perlindungan pekerja antarabangsa.
Oleh itu, kami menyeru kerajaan Malaysia untuk:
• Menggubal undang-undang buruh untuk mengiktiraf hak pekerja migran termasuk pekerja domestik, perlindungan sosial bagi pelarian, layanan yang sama rata, pengambilan dan perwakilan yang adil, hak untuk menyertai atau membentuk kesatuan sekerja dan mengambil bahagian dalam kegiatannya.
• Mengurus selia kos levi dan proses pengambilan pekerja
• Menghentikan retorik antiimigresen dan xenofobik dan menekankan faedah penghijrahan.
• Mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pekerja-pekerja migran dalam ekonomi global.
• Memastikan hak untuk bekerja dan perlindungan sosial untuk pelarian.
• Mengintegrasikan pekerja migran dan pelarian dalam pasaran buruh negara melalui dasar pasaran buruh yang aktif.
• Menghormati, melindungi dan memenuhi hak semua pekerja, termasuk pekerja migran, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian buruh antarabangsa dan hak asasi manusia.
• Meratifikasi dan melaksanakan Konvensyen PBB 1990 dan Konvensyen ILO 143.
Untuk memastikan perlindungan pekerja migran dan hak mereka, sempena Hari Pekerja Migran Antarabangsa, KKSM sebagai anggota Kongres Kesatuan Sekerja Antarabangsa mengumumkan projek Penasihat Pengambilan Pekerja Migran (MRA) – Malaysia yang bertujuan menyediakan suara bagi pekerja-pekerja migran di Malaysia dan seluruh dunia menerusi satu platform dalam talian yang sedang dibangunkan. Projek perintis kini dilaksanakan di Indonesia, Filipina, Nepal dan Malaysia.
Usaha sama KKSM, North South Initiative dan perkongsian bersama organisasi pekerja migran projek MRA di terima dengan baik. Pekerja-pekerja migran ini juga telah diperkenalkan kepada Pusat Sumber Migran (PSM) di KKSM di mana bengkel hak-hak pekerja migran telah dikendalikan oleh Pegawai Pendidikan Sdra Somasundram Karuppiah and Koordinator PSM Bro Zulfadlee Thye Abdullah.
Konfederasi Kesatuan Sekerja Norway diwakili oleh Perunding Regionalnya, Sdra Floro R. Francisco sementara sekurang-kurangnya 20 anggota lain dari organisasi pihak-pihak berkepentingan utama menyertai acara itu dan mereka dari Organisasi Perburuhan Internasional (ILO), berbagai organasasi buruh di Malaysia dan NGO –
Pertubuhan pekerja migran di Malaysia -SENTRO, Kumpulan Sokongan GEFONT, Malaysia, Jawatankuasa Penyelarasan Nepali Pravasi (PNCC), Serantau Indonesia, Migran 88-Bangladesh, Pusat Hak Migran Myanmar (MMRC) dan Kementerian Migran St Francis Xavier turut sama.
Untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut dan dalam mewujudkan kesedaran tentang pelbagai latar belakang budaya mereka yang datang ke Malaysia, para pekerja telah mengatur beberapa persembahan manakala ada yang memberi ucapan yang menyerupai mesej perpaduan dan pemimpin perubahan.
Sesuai dengan itu, acara itu berakhir dengan panggilan untuk mengenang para pekerja migran yang telah meninggal sebagai akibat dari kondisi kerja yang tidak aman dan perlakuan kejam.
KKSM melahirkan salam Solidarity dan sokongan serta mendesak semua pekerja migran dan wakil mereka agar berganding bahu untuk mengukuhkan rangkaian demi manfaat pekerja migran.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com