Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Pihak Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (KKSM) dengan sukacitanya akan terus mengadakan sesi penerangan kepada semua kepada orang awam dan juga golongan pekerja yang juga terdiri dari ahli kesatuan gabungan KKSM.
Sesi penerangan ini adalah untuk memastikan setiap warga pekerja ini mengetahui dengan lebih jelas berkenaan pindaan akta akta yang bakal diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia nanti.
Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon sokongan dan kerjasama untuk menghantar seberapa ramai yang boleh bagi menghadiri program tersebut seperti ketetapan berikut :
6 April 2019(Sabtu) 10:00pagi -1:00petang
Wisma Perkeso Negeri Sarawak ,Lot 436, Seksyen 54, No 52, Travillion Commercial Centre, Jalan Padungan, 93100,Kuching, Sarawak Tel :082-221666
7 April 2019(Ahad) 10:00pagi -1:00petang
Wisma Perkeso Negeri Sabah Wisma Perkeso Tanjung Aru 88100, Kota Kinabalu, Sabah. Tel: +6088 517 800 (DL) 900
12 April 2019 (Jumaat) 3:00petang -6:00petang
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur Tel :03-7981 7495
Pihak KKSM juga ada menjemput panelis dari Kementerian Sumber Manusia dan juga panelis dari Persekutuan Majikan Majikan Malaysia di dalam sesi perbincangan panelis bagi sama-sama berbincang dan mengupas isu-isu berkaitan dengan pindaan akta akta perburuhan ini.
Jom bersama Kami !!
Masuk adalah Percuma!!
Jangan lepaskan peluang yang amat berharga ini demi menambahkan ilmu pengetahuan dan juga maklumat berkenaan Pindaan Akta Akta Perburuhan Malaysia. Jumpa di sana….
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com