Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Prai, Pulau Pinang 11hb Oktober 2017 – Seminar IRA 1967 anjuran MMK Sumber Manusia/ MTUC Pulau Pinang selama tiga hari bermula pada 9hb Oktober hingga 11hb Oktober 2017 telah diadakan di Hotel Ixora.
Seramai 24 Ahli kesatuan Gabungan MTUC telah mengambil bahagian dalam seminar ini. Seminar yang menyentuh aspek dari segi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menjadi subjek utama didalam pembelajaran yang disampaikan.
Subjek Siasatan dalaman dan role play juga telah diadakan bagi memberi pendekatan awal kepada kesemua para peserta seminar. Kesemua ahli Kesatuan Gabungan yang datang dari pelbagai sektor seperti Sektor Perbankan, Sektor Perindustrian dan Sektor Kejururawatan telah diberikan pelbagai tips dan ilmu pengenalan dalam kesemua subjek yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com