Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Industri Perhutanan Sabah (SFI) telah ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai satu pertubuhan baru yang dimiliki oleh negeri dan juga operasi kertas beserta dengan pemilikan tanah hutan yang besar (~288,000 ha, atau 3.9% daripada kawasan tanah Sabah).
Pada tahun 1995, SFI telah diswastakan dan dijual kepada Lion Group, yang mana pada tahun 2007, telah menjualkan SFI kepada satu syarikat multinasional India yang bernama Ballapur Industries Limited (BILT) untuk harga sebanyak RM945 juta (pihak negeri masih memegang saham sebanyak ~2%).
Pada bulan Oktober 2014, Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC, bahagian pelaburan Bank Dunia) telah memberi US$250 juta kepada BILT dan SFI untuk mengembangkan operasi mereka. Pada tahun 2015, BILT telah cuba untuk menjualkan SFI untuk harga sebanyak US$500 juta kepada Pandawa Sakti Sdn Bhd, namun, jualan tersebut tidak berjaya.
Di bulan Oktober 2016, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah memberi arahan agar hampir seluruh kawasan kilang mereka ditutup disebabkan keadaan kerja yang berbahaya.
Sumbangan KWSP bagi pekerja-pekerja tersebut tidak dibayar sejak bulan November.
Piket semasa
Tidak membayar sumbangan KWSP dan GAJI kepada pekerja-pekerja SFI adalah isu yang paling membimbangkan, antara yang lain. Mereka sepatutnya dibayar secara bulanan, namun gaji bagi bulan Februari tidak dibayar pada hujung bulan. Dalam menuruti peruntukan-peruntukan Ordinan Buruh Sabah, para pekerja memberi tempoh masa sebanyak tujuh hari dan pada 8 Mac, mereka memulakan piket mereka. Piket tersebut telah berlarutan sehingga kini. Para pekerja juga tekad untuk meneruskan piket ini sehingga mereka dibayar.
Pengiktirafan Kesatuan
Sejak awal tahun 90-an, pekerja-pekerja telah berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Kesatuan, iaitu yang pertama di bawah SFIEO (satu Kesatuan dalaman yang ditubuhkan pada tahun 1992) dan kemudiannya di bawah STIEU. Para pekerja telahpun cuba untuk menghantar tuntutan untuk pengiktirafan sebanyak 3 kali. Ia telahpun hampir 25 tahun dan pekerja-pekerja masih tidak dibenarkan untuk mendapatkan tuntutan mereka bagi pengiktirafan Kesatuan.
Permintaan sah STIEU
1. Bayaran semua gaji-gaji yang genap masa (termasuk sumbangan KWSP).
2. Untuk memulakan semula kilang-kilang SFI yang ditutup itu, agar beroperasi secara selamat.
3 Permintaan yang paling penting sekali masih pengiktirafan kesatuan agar perundingan kolektif boleh berlaku. Tarikh Mahkamah Rayuan bagi kes ini telah ditetapkan pada 19 Mei.
Permintaan sah MTUC (Tambahan kepada perkara yang dinyatakan di atas)
1. Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan gaji-gaji bagi 1,848 pekerja-pekerja itu dibayar secara segera, kerana jika tidak, kerajaan tersebut sedang melanggari undang-undangnya sendiri.
2. Pihak KWSP perlu mengambil langkah-langkah segera untuk menyiasat bagaimana laporan pekerja-pekerja berkenaan dengan bayaran yang tidak dibuat sejak November, tidak ditangani oleh sesiapa.
3. Kerajaan Negeri mempunyai kewajipan moral untuk mengarahkan SFI agar menarik balik tindakan mahkamah supaya pengiktirafan Kesatuan dapat diberikan sewajarnya tanpa kelewatan yang lanjut.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com