Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR – Persatuan Pekilang Tekstil Malaysia (MTMA) melayu kerajaan supaya menarik balik dasar gaji minimum pekerja asing, dalam usaha menjamin kelangsungan anggotanya.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan penuh Arahan Gaji Minimum 2012 untuk pekerja asing berkuat kuasa bulan ini.
“Kami ingin merayu kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan industri tekstil dan pakaian melaksanakan masa percubaan selama tiga hingga enam bulan untuk pekerja asing dengan gaji minimum RM630 sebulan, manakala majikan akan menanggung bayaran levi dalam tempoh itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MTMA Andrew Hong.
“Kami juga merayu kerajaan melonggarkan syarat merekrut pekerja asing supaya kilang-kilang boleh dibenarkan mendapatkan lebih ramai pekerja asing dalam usaha mengurangkan belanja bayaran kerja lebih masa untuk mengekalkan daya saing,” katanya.
Dalam satu kenyataan di sini hari ni, MTMA berkata pekilang tekstil dan pakaian akan menghadapi tahun yang amat sukar pada 2014 berikutan pelaksanaan dasar kerajaan itu.
Amalan dalam industri itu memerlukan semua pekerja menjalani latihan intensif tiga hingga enam bulan sebelum menjadi produktif.
“Gaji minimum sebanyak RM900 sebulan dalam tempoh latihan membebankan pekilang dan menjejas daya saing mereka di pasaran global,” katanya.
Menurut Andrew, pekerja berpengalaman sedia ada juga tidak gembira dengan sistem gaji itu kerana mereka dibayar kadar gaji sama dengan rekrut baharu manakala sumbangan mereka bertahun-tahun lamanya tidak diambil kira.
Andrew menambah bahawa pekerja tempatan turut disyaratkan melalui masa percubaan selama enam bulan dengan menerima bayaran RM630 sebulan, dan gaji minimum yang baharu untuk pekerja asing itu juga menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja tempatan.
MTMA menarik perhatian industri tekstil dan pakaian adalah pengeksport ke-12 terbesar dan pada 2012 saja mengeksport barangan keluaran kilang bernilai RM9.5 bilion.
Persatuan mengunjurkan nilai eksport yang sama untuk 2013. Di samping hasil eksport, MTMA berkata industri itu turut membekalkan tekstil dan produk pakaian kepada pasaran domestik dan menggaji 85,000 pekerja pada 2013, setengah daripadanya ialah pekerja tempatan. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com