Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Tarikh kemaskini: 13/12/2017
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Jumlah rakyat Malaysia yang benar-benar mengambil langkah persediaan dari segi kewangan untuk kehidupan selepas persaraan secara relatifnya rendah, walaupun kesedaran mengenainya semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Jenama Prudential Assurance Malaysia Bhd, Fiona Liao.
Menurut edisi kedua Indeks Perhubungan Prudential (PRI 2017), sebanyak 59 peratus rakyat Malaysia bimbang sama ada mereka mempunyai dana yang cukup selepas persaraan manakala 49 peratus daripada mereka tidak yakin mereka akan mempunyai wang yang cukup untuk hidup sehingga berusia 80 tahun.
“Kesedaran itu semakin meningkat …tetapi rakyat Malaysia masih bergantung kepada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), walaupun pun tabung pencen itu baru-baru ini menyatakan yang pekerja perlu menambah simpanan mereka dan tidak boleh semata-mata bergantung kepada simpanan KWSP.
“Mereka perlu melihat kepada pelbagai platfrom atau penyelesaian kewangan dan insurans adalah satu daripadanya, tetapi insurans boleh menawarkan pelbagai penyelesaian kepada mereka.
“Ia boleh menawarkan perlindungan, pelaburan, simpanan dan persaraan dan boleh juga menjadi simpanan persaraan,” katanya selepas melancarkan PRI 2017 di sini, hari ini…..
Sources: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1419120
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com