Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak bercadang mengkaji semula perlindungan Jaringan Keselamatan Sosial berikutan tiada keperluan untuk itu buat masa ini.
Ketua Pengarahnya Datuk K. Selvarajah berkata kali terakhir perlindungan tersebut dikaji semula adalah pada tahun 2011 dan kajian semula hanya dilakukan lima tahun sekali.
“Jika kita bandingkan nilai caruman dan pampasan pada tahun 2011 dimana ia dikaji semula dan tahun ini, ia menunjukkan nilai positif.
“Jumlah kutipan caruman pada 2011 adalah RM2.17 bilion dan pampasan yang dibayar adalah RM1.7 bilion.
“Manakala, caruman yang diperolehi pada tahun ini (sehingga Sept) adalah RM2.50 bilion dan pampasan sebanyak RM2 bilion,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi Perkeso di sini, pada Selasa.
Majlis tersebut dilancarkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Jaringan Keselamatan Sosial adalah perlindungan kebajikan kepada lapisan masyarakat yang layak di bawah Perkeso tanpa mengira status ekonomi bagi menjalani kehidupan yang selesa.
Selvarajah turut berkata bayaran pencen Ilat dan pencen Penakat (bayaran pencen kepada waris pencarum meninggal dunia) juga kekal seperti yang ditetapkan pada tahun 2011 iaitu dengan bayaran minimum RM475.
Mengulas lanjut, beliau berkata sehingga kini, terdapat 14.956 juta pencarum dari golongan pekerja dan 921,188 orang dari golongan majikan di seluruh negara.
Pada 2011 Perkeso hanya mempunyai 5.67 juta pencarum pekerja dan 816,913 pencarum majikan.
Mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja dikehendaki mendaftar dan membayar caruman pekerja setiap bulan kepada Perkeso.
Sumber: BERNAMA
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com