Pengerusinya, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat, berkata, sebanyak 3,068 permohonan untuk bayaran SIP telah diterima dan daripada jumlah itu, 1,650 pemohon telah mula mendapat bayaran sehingga jumlah keseluruhan yang dibayar sebanyak RM960,000.

“Jumlah itu meliputi bayaran RM600 yang akan diberikan kepada pencarum setiap bulan untuk tempoh tiga bulan sementara menunggu mereka mendapat pekerjaan baharu.

“Kami berusaha membantu mereka dengan menyediakan elaun sara hidup selain program kembali bekerja untuk memastikan ekonomi isi rumah terjaga dan terpelihara,” katanya selepas membuat lawatan kerja di Wisma Perkeso di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Aseh berkata, bermula Februari tahun depan pencarum akan mendapat bayaran SIP sehingga 90 peratus daripada jumlah gaji mereka kerana tempoh caruman yang telah matang. -UTUSAN ONLINE