Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Penanggung insurans hayat dan pengendali takaful keluarga akan memberi pilihan kepada pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas akibat Covid-19 untuk menangguhkan pembayaran premium atau sumbangan berkala terbabit selama 3 bulan tanpa menjejaskan perlindungan tersebut, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kelonggaran itu boleh disediakan oleh penanggung insurans hayat dan pengendali takaful keluarga melalui jaminan tanpa luput iaitu pelanjutan tempoh tangguh atau cara lain yang memastikan polisi atau sijil tidak terjejas ketika tempoh penangguhan itu.
“Pilihan itu akan ditawarkan dari 1 Apr hingga 31 Dis,” katanya.
Selain itu, BNM berkata, penanggung insurans dan pengendali takaful akan turut menyediakan bantuan lain kepada pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas sehingga 31 Dis.
“Ini termasuk melanjutkan tempoh yang membolehkan pemegang polisi dan peserta takaful menghidupkan semula polisi atau sijil telah luput selain memberi pilihan supaya pemegang dan peserta terbabit dapat terus membuat bayaran premium/sumbangan dan mengekalkan polisi atau sijil mereka.
“Pilihan ini boleh merangkumi perubahan pada jumlah perlindungan, perubahan pada struktur premium/sumbangan dan pertukaran kepada polisi berbayar.”
Menurut BNM, bantuan lain yang boleh diberikan adalah pengecualian fi dan caj yang dikenakan untuk mengubah polisi atau sijil dan memberi pengecualian apa-apa penalti atau akibat kelewatan pembayaran premium serta sumbangan, terutamanya jika pemegang polisi dan peserta takaful gagal mengakses saluran pembayaran elektronik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bank pusat itu berkata, aspek fleksibiliti itu juga perlu diberi untuk membolehkan pembayaran premium insurans am dan sumbangan takaful am.
Penanggung insurans am dan pengendali takaful am akan memudahkan permohonan fleksibiliti daripada pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas membayar premium atau sumbangan ketika tempoh berkenaan bagi memastikan perlindungan risiko berterusan ke atas harta benda dan perniagaan mereka.
“Ini termasuk perbincangan dengan pemegang polisi dan peserta takaful untuk menstruktur semula polisi atau sijil mereka agar dapat mengurangkan jumlah premium/sumbangan yang perlu dibayar.”
Menurut BNM, semua penanggung insurans dan pengendali takaful akan turut mempercepat dan memudahkan proses tuntutan berkaitan Covid-19 dengan keutamaan kepada proses pengeluaran surat jaminan, mengetepikan tempoh menunggu dan pemprosesan pembayaran tuntutan.
“Pemegang polisi dan peserta takaful dinasihati supaya menghubungi penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing untuk memanfaatkan fleksibiliti ini bagi menguruskan polisi dan sijil mereka,” katanya.
Dalam pada itu, BNM akan turut mengurangkan had faktor tekanan kadar faedah (IRCC) dan kadar keuntungan (PRCC) yang terpakai bawah Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Penanggung Insurans dan Rangka Kerja Modal Berasaskan Risiko bagi Pengendali Takaful (Rangka Kerja).
Had IRCC and PRCC akan dikurangkan daripada 40% kepada 30% berkuat kuasa 31 Mac, bagi mencerminkan dengan lebih jelas perubahan keadaan pasaran semasa yang berlaku sejak faktor tekanan pertama kali ditetapkan pada 2009.
Selain itu, bank pusat itu akan mempertimbangkan cadangan daripada penanggung insurans dan pengendali takaful membabitkan penggunaan metodologi alternatif pengiraan caj risiko kadar faedah dan kadar keuntungan.
“Perubahan ini selaras dengan penambahbaikan yang telah dirancang bagi meningkatkan liputan risiko dan konsistensi secara keseluruhan Rangka Kerja,” katanya.
BNM juga akan melanjutkan tempoh semua perundingan mengenai kertas perbincangan dan draf dedahan yang sedang dijalankan kepada 30 Jun 2020.
“Fleksibiliti akan turut diberi kepada penanggung insurans dan pengendali takaful untuk memenuhi garis masa serahan pengawalan bagi mengambil kira usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung penularan Covid-19,” katanya.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/pemegang-polisi-insura…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com