Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUCHING, 8 Ogos (Bernama) — Seorang pemandu lori yang terjatuh dari atas lori ketika memunggah tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Lundu semalam, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, Khamis.
Menurut majikannya, mangsa, Liban Anak Imban, 54, berasal dari Kampung Lambuk Subong, Lubok Antu, Sri Aman cedera di kepala selepas terjatuh dari atas lori ketika sedang memunggah tandan kelapa sawit.
Katanya mangsa segera dikejarkan ke HUS tetapi meninggal dunia kira-kira jam 11.20 pagi ini.
Mangsa yang juga bapa kepada lima anak sudah lebih setahun bekerja sebagai pemandu lori sawit. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com