Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
JOHOR BAHARU – Disebabkan kematian rakan sekerja mereka, hampir 1, 500 pekerja asing warga Nepal sebuah kilang elektronik mogok kerja hampir 36 jam.
Keadaan mula menjadi tegang apabila majikan mereka dilaporkan telah mengabaikan rakan mereka yang mengalami masalah kesihatan sehingga meninggal dunia. Kumpulan yang mogok kerja bertindak di luar kawalan dengan merosakkan pelbagai barangan di bangunan asrama.
“Ia berpunca daripada kekeliruan disebabkan rakan mereka yang meninggal dunia itu masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun. Jadi mereka salah sangka dan beranggapan bahawa syarikat mengabaikan kebajikan si mati termasuk tidak dibayar gaji.
“Memang benar lelaki terbabit baru bekerja setahun dan setiap pekerja asing mempunyai tiga tahun kontrak. Namun pihak syarikat tetap membayar gaji si mati termasuk memberikan pampasan,” kata Pengarah Eksekutif Kilang tersebut yang dikenali sebagai Datuk Tan.
Disebabkan insiden itu, pihak syarikat menanggung kerugian kira-kira RM500,000 disebabkan operasi di bahagian pengeluaran tergendala selain menanggung kerosakan di kawasan asrama pekerja.
Walaubagaimanapun, insiden berkenaan berakhir dengan baik selepas pihak syarikat mengadakan perbincangan dengan wakil pekerja warga Nepal bagi menjelaskan kekeliruan dan mereka akur dan berjanji akan kembali bekerja seperti biasa.
Sumber: Free Malaysia Today
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com