Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Kementerian Sumber Manusia memberi amaran keras kepada lebih 1,000 buah syarikat yang masih gagal mematuhi pelaksanaan gaji minimum yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.
Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan pada hujung bulan ini bagi mengenal pasti syarikat yang enggan mematuhi arahan pelaksanaan gaji minimum berkenaan.
Menurut beliau, penguatkuasaan secara intensif itu perlu memandangkan kebanyakan syarikat akan membayar gaji pekerja mereka pada setiap hujung bulan.
“Buat masa ini kementerian belum menerima sebarang aduan. Mungkin disebabkan syarikat akan membayar gaji pekerjanya pada hujung bulan ini.
“Untuk itu selepas hujung bulan ini, kita akan dapat mengenal pasti sama ada majikan mematuhi peraturan atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Unilever Malaysia Holdings Sdn. Bhd. dengan Kesatuan Pekerja Kebangsaan Industri Petroleum dan Kimia (NUPCIW) serta Unilever Foods Malaysia Sdn. Bhd. bersama Kesatuan Pekerja Industri Makanan (FIEU).
Mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, mana-mana majikan yang disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah kerana gagal melaksanakan pemberian gaji minimum akan dikenakan denda maksimum RM10,000 bagi setiap pekerja dan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun untuk kesalahan berulang.
Di bawah Perintah Gaji Minimum 2012, majikan perlu membayar gaji minimum sebanyak RM900 sebulan bagi pekerja di Semenanjung dan RM800 untuk pekerja di Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun, kata Ismail, hukuman terbabit bukan suatu perkara yang perlu diberi perhatian, sebaliknya mengapa pelaksanaan gaji minimum dikuatkuasakan adalah lebih penting.
“Kita tidak mahu menekankan bentuk hukuman atau menakut-nakutkan mereka yang melanggar peraturan kerana tindakan tersebut merupakan langkah terakhir.
“Apa yang paling penting, pelaksanaan gaji minimum ini adalah bagi memupuk kesedaran majikan terhadap pekerja bawahan yang selama ini bekerja keras dalam usaha memajukan sesebuah syarikat,” katanya.
Sumber: Utusan
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com