Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PETALING JAYA: Kerajaan India dilaporkan mengarahkan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia bertindak mengenai insiden seorang pekerja warga India yang terkandas kerana majikannya enggan memulangkan pasportnya.
Press Trust of India melaporkan Menteri Hal Ehwal Luar Sushma Swaraj mahu pihak kedutaannya di Kuala Lumpur berusaha mendapatkan maklumat lanjut tentang nasib Jagat Singh dari wilayah Uttarakhand.
“Saya sudah mengarahkan laporan daripada Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia,” Swaraj dipetik berkata.
Jagat, seorang pekerja di sebuah hotel di Malaysia, dilaporkan melarikan diri daripada majikannya.
Dia dilaporkan menghubungi keluarganya di India, dan merancang mahu mendedahkan pengalamannya.
Bagaimanapun, pasportnya dirampas majikan, menyebabkan dia terkandas di Malaysia.
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com