Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kini menunggu maklum balas berhubung kemelut status kesatuan itu, selepas menjawab surat tunjuk sebab dikemukakan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor, berkata pihaknya juga sudah menghantar dokumen tambahan kepada RoS, minggu lalu, selepas mengemukakan beberapa penjelasan ketika sesi terdahulu yang berlangsung pada 26 Disember lalu.
“Setakat ini, kita belum ada apa-apa keputusan yang boleh dikongsikan kepada umum dan masih menunggu maklum balas daripada RoS. Status MTUC agak tergantung, selain keadaan ini menggugat urusan kita.
“Tempoh penggantungan ini membuatkan MTUC tak produktif, selain gagal melantik Setiausaha Kewangan yang baharu. Bagaimanapun, kita kini menunggu pengumuman RoS,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
RoS sebelum ini dilaporkan memberi tempoh 30 hari, mulai 18 Disember lalu kepada MTUC untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung dakwaan pengurusan kurang cekap.
Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan selepas RoS menerima aduan bertarikh 2 Julai lalu, mendakwa MTUC tidak diuruskan dengan baik, justeru satu kertas siasatan dibuka pada 29 Ogos lalu dan ia dijalankan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).
Notis 13(2A) iaitu perintah penggantungan terhadap MTUC turut dikeluarkan RoS bagi menangani sebarang tindakan yang berupaya melanggar mana-mana peraturan pertubuhannya.
Dalam pada itu, Abdul Halim menyifatkan kemelut itu berpunca daripada usaha beberapa pihak mensabotaj pegawai utama MTUC sedia ada, khususnya apabila kongres itu akan menganjurkan Majlis AM bagi memilih kepemimpinan baharu.
“Pihak tidak bertanggungjawab ini sepatutnya menyuarakan pandangan mengenai perkara berbangkit dalam Mesyuarat Perwakilan dan bukannya secara terus kepada RoS. Mereka sengaja mahu merendahkan pegawai utama MTUC,” katanya.
Source : https://www.bharian.com.my/…/01/644…/mtuc-tunggu-jawapan-ros
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com