Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyelar Kementerian Sumber Manusia kerana mendakwa badan itu menentang prinsip asas Konvensyen 87 (C87) yang membabitkan hak pekerja untuk berpersatuan dan melancarkan mogok.
Dalam satu kenyataan, MTUC menyifatkan dakwaan kementerian itu bertujuan mengelirukan orag ramai selain memburukkan nama baik badan itu.
“MTUC tidak pernah menentang C87. Adalah jelas dengan membuat kenyataan itu, kementerian mendedahkan sifat hipokritnya terhadap MTUC dan golongan pekerja di negara itu,” kata kenyataan itu.
Semalam Kementerian Sumber Manusia mempersoalkan tindakan MTUC mendesak kerajaan supaya meratifikasi C87 walaupun dikatakan menentang prinsip asas konvensyen anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) itu.
Menurut kementerian, MTUC sendiri menolak prinsip asas C87 berhubung kebebasan berpersatuan kerana mendakwa ia membawa kepada perpecahan kesatuan di tempat kerja.
“Dengan meratifikasi C87 bermakna (MTUC) perlu patuh pada semua prinsip konvensyen itu. MTUC tidak boleh memilih dengan meminta kerajaan meratifikasi C87 sementara mereka sendiri membantah prinsip yang ada di dalamnya,” kata kenyataan itu.
Dalam respons balasnya MTUC menegaskan isu kebebasan menyertai kesatuan hanyalah 1 daripada peruntukan dalam konvensyen itu, bukannya prinsip asas.
Menurut MTUC, kerajaan sebelum ini sering meratifikasi konvensyen antarabangsa tetapi hanya melaksanakan peruntukan yang difikirkan sesuai tetapi mengetepikan yang lain.
MTUC berkata, sebagai contoh Malaysia meratifikasi konvensyen C98 pada 1961 namun sehingga hari ini gagal melaksanakan semua peruntukan konvensyen berkenaan.
“Antara yang tidak dilaksanakan ialah pemansuhan syarat kesatuan sekerja perlu mendapatkan pengiktirafan majikan dan hak kakitangan awam ke atas rundingan kolektif,” tambahnya.
Merjuk kepada C87, MTUC berkata, ia tidak pernah mendesak kerajaan meratifikasi dan melaksanakan semua peruntukannya serta merta, sebaliknya badan itu terbuka kepada cadangan pelaksanaan secara berperingkat.’
“C87 bukan hanya menyentuh kebebasan pekerja menyertai kesatuan, tetapi turut mempunyai peruntukan yang mengiktiraf hak pekerja melancarkan mogok tanpa sekatan undang-undang.
“Ia juga memberi kesatuan hak mengadakan rundingan kolektif serta merta selepas didaftarkan. Semua hak ini tidak terkandung dalam cadangan kerajaan,” kata MTUC.
Dalam isu kebebasan berpersatuan katanya, ia mengambil pendirian bahawa kebebasan untuk menubuh pelbagai kesatuan di sesuatu tempat kerja belum selesai dilaksanakan pada masa ini demi keharmonian industri, gerakan kesatuan dan kebajikan pekerja.
Justeru adalah tidak wajar bagi kementerian menggunakan hujah itu untuk mendakwa MTUC menentang C87, kata badan itu lagi.
“Kementerian harus mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat kenyataan sedemikan (kerana) ia bertujuan mencalar imej MTUC selain menghalang pembaharuan undang-undang buruh di negara ini,” kata MTUC.
Source : https://www.freemalaysiatoday.com/…/mtuc-tolak-dakwaan-ia-…/
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com