Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menyerahkan satu memorandum bantahan gaji minimum baru RM1,050 kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen dalam usaha supaya ia disemak semula.
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, berkata kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan berkumpul dan bersama-sama menuju ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum itu pada 17 Oktober ini.
Tarikh berkenaan juga bertepatan dengan Hari Membasmi Kemiskinan Antarabangsa dan ia jelas menunjukkan bahawa rakyat negara ini memerlukan kenaikan gaji yang selaras dengan keperluan semasa.
Katanya, pengumuman kenaikan sebanyak RM50 saja dianggap satu tindakan yang tidak masuk akal memandangkan kos sara hidup semakin meningkat ketika ini.
“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah (sama seperti) kerajaan dulu yang menekankan untuk berkongsi kekayaan dengan masyarakat, namun tindakan mereka tidak sama seperti apa yang dilaungkan sebelum ini.
“Alasan yang diberi, bahawa produktiviti tidak meningkat setanding dengan gaji, tidak boleh lagi diterima memandangkan sejak tahun 2000 produktiviti pekerja sangat tinggi.
“Sehubungan itu, pihak syarikat membuat keuntungan berganda, namun kebajikan gaji pekerja tidak dipandang oleh mereka. Ini adalah suatu yang tidak adil,” katanya pada sidang media mengenai Bantahan Gaji Minimum RM1,050 di sini, hari ini.
Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan mengumumkan penetapan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.
Perintah Gaji Minimum 2016 pula memperuntukkan kadar gaji minimum RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Solomon berkata, pihaknya juga menuntut supaya laporan jawatankuasa penyelarasan gaji minimum dijadikan laporan umum kerana yakin jumlah gaji dinyatakan jauh lebih tinggi daripada apa yang diumum.
“RM1,050 itu adalah tuntutan yang dibuat oleh majikan, bukannya daripada pekerja, namun saya percaya gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM1,800 harus diberikan kepada pekerja.
“Kerajaan perlu faham kerana mereka kini ‘menyakiti’ pekerja. Jadi saya harap satu gaji yang lebih tinggi dan munasabah akan diumumkan nanti,” katanya.
Source : https://www.bharian.com.my/…/mtuc-protes-gaji-minimum-rm1050
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com