Malaysia is one of Asia's biggest employers of foreign labour. But recently, cases of deaths, abuse and forced labour have come to light. What is going on? Who is protecting these migrant workers?
PETALING JAYA, 2 Okt (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) meminta majikan agar memberi subsidi makanan di kantin mereka dan pengangkutan percuma bagi membantu pekerja mereka menangani kos sara hidup.
Presidennya Khalid Atan berkata pekerja terutama yang berpendapatan rendah mendapati sukar untuk menampung kehidupan di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup.
Beliau turut meminta kerajaan menjadikan kewajipan bagi syarikat swasta untuk memperuntuk RM300 sebulan sebagai elaun sara hidup kepada pekerja dengan serta merta.
Khalid berharap kerajaan turut mengambil kira keadaan 10 juta pekerja sektor swasta apabila membentangkan bajet 2015 pada 10 Okt ini. — BERNAMA
Sumber: Bernama
Address: Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor | Tel: 03-80242953 | Fax: 03-80243225 | Email: sgmtuc@gmail.com.com